Sunday, August 9, 2009

REUNION KECIL-KECILAN

7 OGOS-Kami berkumpul mulai jam 5 ptg, ( walau pun kak ja sampai jam 5 subuh – dialah penggerak utama kepada majlis kecil ini ) Terima kasih pada kakja n abg ramli juga anak2 menantu, Mad Lazim/Saman, Madud, Yati n 3 heronya, Norida/Chan n suami juga anak mereka. Terima kasih yang paling utama pada suami saya dan 3 anak lelaki saya, Ika pembantu rumah saya juga anak menakan saya 4 beranak. Mereka semua telah menjayakan majlis yang penuh nostalgia itu.

Mad Saman adalah rakan sekelas sejak SKAAT hingga SMJ. Norida/Chan pula di SKAAT dari darjah 1-6. Yati n Kak Ja di SMJ, begitu juga Madud. Untuk rakan-rakan lain yang sepatutnya datang tetapi tidak berkesempatan.. tak apa lain kali kita jumpa lagi. Keseronokan bertemu kawan-kawan lama sukar digambarkan dengan kata-kata. Siapa yang dapat bayangkan jumpa kawan yang terpisah lebih 30 tahun. Dulu sama2 di kampung. Kayuh basikal ke sekolah... berbatu2 jauhnya. Kini bertemu di kota raya. Semua mempunyai kehidupan masing-masing yang dulunya tak terbayang oleh kita.

Kak Ja aturkan majlis ini khusus untuk Yati yang akan berangkat ke LA sebagai MSD beberapa hari lagi. Selamat jalan Yati...kalau ada ruang/peluang kami akan berjalan ke sana. Untuk kita semua selamat berpuasa....

3 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Ct,

    Mula-mula Mat Saman bagitau Kak Ct nak adakan majlis Hi-Kopi kat rumah Kak ct tu, mungkin saya orang yang paling seronok. Rumah dekat gerenti boleh sampai punya. Bila Mat Saman bagi tau tarikh jumaat 7 ogos , sedikit sedih la kerana tarikh tu berlaga dengan program bengkel yang saya perlu hadir, bos pun tak dapat nak bagi ruang kat saya.

    Insyaallah mungkin lain kali ada ruang untuk bersama-sama dimajlis yang serupa.

    Untuk kesempatan ini nak juga saya ucapkan tahniah kepada Kak Yati dan keluarganya yang akan berangkat ke LA , semuga sentiasa dirahmati Allah dengan kebahgiaan dan kesejahteraan serta dijauhi dari segala mara bahaya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Maklang, nak buat pembetulan sikit sebenarnya kita sekelas masa djh 1 hingga djh 2 di SKAAT tu. maklang tak perasan no... kak ja pun, chan , siti mariam dan latipah saja yang kakja ingat pun.Hashim tu kan lain kali kita toksah dok ajak dah dia, mengarut betoi dok harap lauk kambing dia tu, mujur kita masak yang lain. Seronok la masa dirumah maklang tu macam jumpa adik beradik pulak, pakat bawa anak-anak, Tambah pulak bila tgok gambar kita ramai2 tu. Lepas ni bulan 12 plak kut.Rumah CAZMI n MD SAMAN

    ReplyDelete
  3. Satu permulaan telah bermula. Kita harap rakan-rakan lain yang terlayar dan mendapat maklumat ini agar dapat berkongsi detik-detik penuh makna seperti ini di masa akan datang.

    ReplyDelete