Sunday, October 25, 2009

PERIKSA AKHIR TAHUN

ESOK sekolah...rehat 2 hari..uuuhh bahagianye...sibuk jugak dengan urusan keluarga.

ESOK bermulalah PKSR 2 atau peperiksaan akhir tahun di sekolah saya dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PKSR 2 : untuk murid - penentu hasil pembelajaran sepanjang tahun dan naik kelas atau turun kelas tahun hadapan..?

PKSR 2 : untuk guru - penentu hasil pengajaran sepanjang tahun..jika berpuas hati tahun depan teruskan dengan usaha yang baik.. jika tidak berpuas hati tahun depan kena pulun..

DAN UNTUK SAYA..TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU-GURU SKS KERANA KERJASAMA YANG SANGAT JITU DAN kita sama-sama berusaha ...

Sunday, October 18, 2009

JADUAL SPM ARIF 18 NOV - 16 DIS 2009

18-Nov RABU
1 BAHASA MELAYU 1
2 SEJARAH 1
3 BAHASA MELAYU 2

19-Nov KHAMIS
4 BAHASA INGGERIS 1
5 BAHASA INGGERIS 2
6 SEJARAH 2

23-Nov ISNIN
7 MATEMATIK 1
8 MATEMATIK 2

25-Nov RABU
9 ADD MATE 1
10 ADD MATE 2

1-DIS SELASA
11 P. PERAKAUNAN 1
12 P. PERAKAUNAN 2

2- DIS RABU
13 SAINS 1
14 SAINS 2

7 - DIS ISNIN
15 EKONOMI ASAS 1
16 EKONOMI ASAS 2
17 PENDIDIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH

14 - DIS ISNIN
18 B. ARAB TINGGI 2
19 B. ARAB TINGGI 1

16- DIS RABU
20 PENDIDIKAN SYARI'AH ISLAMIAH 2
21 PENDIDIKAN SYARI'AH ISLAMIAH 1

Wednesday, October 7, 2009

PELAWAT

Pelawat yang akan melawat ke SK Setiawangsa dalam waktu terdekat..

1. Oman - 8 Oktober
2. Bangkok - 12 Oktober
3. UPSI - 15 Oktober

Dalam waktu terdekat...esok 8 oktober sekolah saya akan menerima pelawat dari Negara Oman. Mereka berkursus di IAB dan akan mendalami ilmu mereka di sekolah kami.

Isnin ini.. 60 orang pelajar dari Uni of Bangkok...dalam rangka lawatan ke Malaysia akan melihat sekolah rendah di Malaysia.

Khamisnya pula dari Tanjung Malim... bakal guru dari UPSI ingin melihat realiti sekolah...

Itu baru awal oktober... demikianlah kami di sks...sentiasa dilawati. Biasanya kami bawa mereka melihat-lihat ke seluruh sekolah...ke bilik-bilik khas... bilik darjah (sesi P&P). Kemudian kami hidangkan dengan persembahan murid..apa saja yang kami menangi..boria, choral speaking,............. Kadang-kadang kami sambut dengan tarian selamat datang. Terkini sejak kluster kami hidangkan dengan niche area iaitu orkestra dan teater. Setelah itu barulah tetamu akan ditaklimatkan di Bilik Gerakan.

Pendek kata kami sering di lawati...sama ada dari dalam negeri mahupun luar negara. Dengan beberapa kemenangan yang kami julang ( antaranya Johan 3K kebangsaan, Johan Pusat Sumber, Johan BOSS, Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran, Sekolah Cemerlang dan terkini Sekolah Kluster...dan terakhir kami dicalonkan pula sebagai SBT-Sekolah Berprestasi Tinggi ) Biasanya motif lawatan kalau dari sekolah ialah untuk berkongsi kejayaan. Kami tidak lokek, sedia menceritakan rahsia kejayaan kepada pelawat. IAB pula menjadikan kami benchmarking...untuk peserta kursus luar negara.

Demikianlah episod kesibukan di SKS....

Thursday, October 1, 2009

BULAN KELAHIRAN

HARI INI 1 OKTOBER. HARI RAYA KE 12. LAGI 1 BULAN 20 HARI SESI PERSEKOLAH 2009 AKAN BERAKHIR. TAPI BAGI SAYA SEMAKIN SIBUK...

1. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
2. HARI ANUGERAH CEMERLANG
3. MAJLIS PERSARAAN
4. PRESTASI 2009
5. AGIHAN JADUAL 2010
6. JADUAL WAKTU 2010
7. STREAMING MURID 2010
8. JADUAL TUGAS MASA CUTI
9. PERSEDIAAN TUTUP SEKOLAH
10. ...DAN BANYAK LAGI YANG TAK TERSENARAI

TAPI, ITULAH CABARAN SELAGI MASIH BEKERJA. KERJA TAK PERNAH BERKURANGAN. KATA TEMAN YANG BARU PENCEN ...rimasnya, rasa macam masa lambat berlalu, sehari macam 30 jam...seminggu rasa macam 10 hari...