Thursday, February 24, 2011

SEKIAN LAMA...part 2

hampir dua bulan berada di tempat baru. segalanya baru. persekitaran, umat, jiwa...

terima berita,suka dalam duka. amat berat meninggalkan. terlau banyak terlibat, mengecapi kejayaan demi kejayaan.

melihat hasil kerja, juga wajah2 yang akan ditinggalkan, jiwa parah, tangisan berlarutan tapi tiada erti.

mereka meletakkan harapan untukku kembali semula selepas seketika, entahlah akupun tidak pasti...

tugas baru lebih mencabar. tempatnya juga hebat..bernama

Tuesday, February 22, 2011

SEKIAN LAMA...part 1

sekian lama tidak melayarinya. banyak sekali penghijrahan berlaku dalam beberapa hari, minggu dan bulan terdekat ini.

paling dahsyat dugaan menimpa bila nina ditempatkan di kelantan...why kelantan? of all the places. mama tertekan teruk sangat sampai demam...tak terdaya nak ke sekolah. berusaha juga supaya ia tidak berlaku. tapi taqdir Allah mengatasi segalanya. mungkin ada hikmahnya, hanya Allah yang maha mengetahui. terpaksa redha, walaupun redha dalam paksa...bila melihat penderitaan yus, aku rasa sedikit lega. yus dugaannya hingga ke puncak...

nina...ketika hadirnya di rumah amat meringankan. ( walau terkadang mengguris hati, tetapi persennya amat sedikit berbanding yang tiga lagi..) semua dia boleh uruskan..adik2, abah, hatta kerja berat mama. semoga dia berbahagia di sana. sesungguhnya anakku, bahagia itu boleh kita sendiri ciptakan...aku tahu dia anak yg tabah, berani menghadapi cabaran, sanggup berhadapan apa saja.

kepergianmu amat ku rasai. lain suasana rumah ini tanpamu. semasa nak ke auckland dulu tak setitikpun air mataku gugur...tapi ke kelantan...jiwaku runtuh