Sunday, January 3, 2010

DAN TIRAI PERSEKOLAHAN 2010 PUN TERBUKA....

Esok bermula sesi persekolahan 2010. Cuti yang baru berlalu ...saya hanya bercuti enam hari... selebihnya saya menghabiskan masa di sekolah... dengan macam-macam tugasan yang saya kena selesaikan. Bagi guru2 di SKS tugas bermula dengan mesyuarat pentadbiran 28 hb, mesy kurikulum dan hem 29 hb, mesy koku dan panitia teras 30 hb dan 31 adalah orientasi tahun satu.

Tahun ini segalanya bertambah di sekolah saya; dulu 60 kelas jadi 72 kelas, murid 2400 akan mencecah 2600 orang, guru 120 orang jadi 140. Bangunan empat blok kepada enam blok. Padang sekolah yang tak berapa luas dulu tu telah dibina bangunan baru ( blok E dan F ) Sejak itu – 2007- bangunan mula dibina... kami dah tak ada padang. Sebenarnya padang SKS ada...dulu sejak 16 tahun lalu padang sekolah didirikan rumah panjang...untuk golongan mana entah..saya tak berapa pasti. Selama itu penghuni rumah panjang mendiami kawasan padang kami, tapi masa tu kami masih ada kawasan lain yang menjadi padang sekolah ( sebelum bangunan baru dibina untuk menampung murid yang kian bertambah...) bila rumah lain diberikan pada penghuni rumah panjang... ( apartment yang didirikan dalam kawasan setiawangsa juga...) mereka pun berpindah mulai awal 2009...pihak berwajib pun merobohkan rumah panjang tersebut... tetapi sepanjang rumah panjang itu berada di situ mereka telah membina surau yang bersifat sementara... malangnya bila rumah panjang itu dirobohkan...pihak berwajib tidak berani merobohkan surau itu kerana ada segelintir bekas penghuni rumah panjang itu berkeras agar surau itu dikekalkan di situ. Jika dirobohkan secara paksa takut pula timbul isu merobohkan rumah ibadat...Padahalnye masjid ada berdekatan dengan surau itu...dikatakan surau itu pun ada kepentingan dengan pertubuhan tertentu...Kerana segelintir ahli kumpulan itu yang tidak mahu berganjak maka murid sekolah saya yang hampir mencecah 2600 itu tidak dapat menjalankan pelajaran PJK dengan selesa apatah lagi bersukan...Buat masa ini PJK dijalankan di dewan sekolah sahaja...sedangkan jumlah murid begitu ramai...dan kadang-kadang empat atau lima kelas menjalankan PJK serentak pagi dan petang...sian murid kami...Walau bagaimanapun...dalam keadaan tak berpadang sekolah kami mendapat tempat ketiga dalam majlis sukan peringkat zon keramat.

Tirai persekolahan 2010 akan bermula esok...macam-macam perkara baru untuk tahun 2010...esok tentu ramai parent yang akan datang membayar yuran...yang mana tahun ini ditetapkan sebanyak 24.50 setahun...tahun lepas 38.50 ; kenalah berbelanja dengan amat berjimat tahun ini.

Cabaran demi cabaran mendatang...tapi kita warga guru menghadapinya dengan berlapang dada...bersedia untuk bekerja keras dan redha dengan tugasan yang semakin bertambah. Saya rasa kita mempunyai pilihan...jika ada yang tidak sanggup mengharungi ombak deras dalam arena pendidikan tentu ramai yang mengundur diri...tapi kita bertahan...menunjukkan guru yang sudah melepasi setengah abad macam kita pun berdaya tahan untuk terus berjuang apa tah lagi yang masih muda, segar dan bertenaga.
Kita terpilih menjadi guru... maka bersedialah untuk mendidik anak bangsa kita demi negara dan agama...SELAMAT BERJUANG UNTUK PARA GURU...sesungguhnya tugas kita amat mulia...sehingga bercerai nyawa di badan kita tetap disebut cikgu...