Sunday, August 30, 2009

HARI INI DAH MASUK HARI KE SEMBILAN BERPUASA

Lama juga saya tidak melihat-lihat blog. Maklum puasa. Sibuk memasak. Malam balik tarawih dah tak nampak skrin dah...

Hari ini belum tahu nak masak apa lagi. Semalam saya masak nasi ulam cara orang kedah. Buat sayur keladi sebagai kawan dia. Bakar daging. Tiga tu ja. Tapi persediannya memakan masa. Lepas tu meriah lagi dengan kedatangan anak menakan saya empat beranak untuk berbuka bersama-sama. (amir, wati, alif dan ajwa) Depa bawa maca-macam juadah.

Minggu pertama puasa tahun ni rancaklah memasak kerana Ami dan Arif cuti. Didi memang sentiasa ada, jadi berbuka empat beranak... oops maaf berlima dengan pembantu rumah. Suami saya biasalah sudah bertahun-tahun berbuka puasa di masjid Al Ansar. Nina yang jauh jangan jealous ye... Tidak mengapa tahun depan nina akan dapat berbuka puasa di rumah.

2 comments:

  1. Selamat Berpuasa Cikgu :)

    Dah lama takde berkhabar berita....dah 14 tahun masa berlalu..

    Namun jasa cikgu tetap saya kenang sampai hujung nyawa....

    Walau berjuta terima kasih namun tidak satu pun dapat membayar harga jasa cikgu mendidik saya....



    Ain Umar

    ReplyDelete
  2. Ain, Tk kerana menghargai jasa saya yang sekecil itu.

    Raya mana ain thn ni. Kalau turun kl saya harap sangat ain dtg rumah saya.

    Pulang lah ain ramai yang menantimu...

    ReplyDelete