Wednesday, March 27, 2013

MELIHAT DIA PERGI

Dia pergi membawa hati. Sedih... tapi jangan diikutkan. Demikian aku meninggalkan ibuku dulu.... sejarah berulang. Melihat biliknya.. air mata mengalir laju... Lain sangat kalau dia ada.. Selamat berbahagia...


Semalam kembali ke sks untuk suatu mesyuarat panjang. Bilik Gerakan... di situ dulu aku selalu mempengerusikan mesyuarat. Terasa seperti aku kembali.. Feel like I'm at home..


Isnin 25 Mac dengan rasminya menerima surat... Lagi aku kena bekerja keras... Episod kerja kerasku belum berakhir. Ia bukan sesuatu aku yang pinta, tapi satu anugerah. KPM/Nazir yang pilih... bermulalah RFP .. Nich Area. Oh SKK di sisiku kau hampiri... di bahuku kau bertenggek... di batu jemalaku dipertanggungjawabkan...

YA ALLAH bantulah aku dan team cbn2 mengharunginya.

berbulan lamanya



Berbaloikah… selesai nazir baiah, KPM pula call suruh siapkan presentation untuk SBT. Bila aku kata kami belum layak.. mereka macam nak marah, kononnya aku negative. Tapi aku lebih tahu apa yang kami ada dan apa yang kami termampu.  Kononnya aku diletakkan di kerusi ini, di sekolah ini dengan wawasan tertentu.  Dulu masa di sks aku dah rasa semua jerih payahnya… memanglah berbangga berada di sks yang kluster/sbt … tapi kerjanya… berganda-ganda dari kawan-kawan di sekolah lain. Adakah sejarah di sks akan berulang… mahu tak mahu kena hadapi. Kata KPM akan dicalonkan hingga dapat kerana haulnya 2015… tudia… jenuh! Tapi nazir kluster julai lalu pulang tanpa berita hingga kini…

Selasa 29 januari



Alhamdulillah dpt sms dari sifu.. ‘kita terpilih baiah… cbn2 n sks ‘ .. berita baik yang  2 bulan ditunggu-tunggu. Terima kasih Ya Allah…  inilah kurniaanMu yg sangat bernilai buat kami. Segala jerih payah n keluhanku menguruskannya terbalas. Bukan bekerja hanya untuk anugerah… namun jika diberi, itu satu pembakar semangat, penghargaan atau  …..  tahun lepas aku hanya ambil satu pertiga dari anugerah itu…selebihnya kupulangkan pada sekolah… kerana aku tahu kejayaan itu bukan hasil usaha aku seorang… malahan cikgu-cikgu dan kerani ( terutama kewangan) turut sama berhempas pulas. Tahun ini pun aku nak berikan juga pada mereka cuma jumlah dan caranya mungkin berbeza. Dikatakan bahawa  sekolah yg mendapt baiah  tiga tahun berturut-turut akan dapat lagi satu anugerah khas/special… tapi aku tak tahu aku boleh mendapatkannya atau tidak kerana tahun pertama dulu dimiliki oleh gb lama yg dah bersara. Aku Cuma dapat dua tahun terkemudian. Terpulanglah bagaimana.. itu semua rezeki Allah… kalau ada Alhamdulillah… kalau tak ada pun aku redha…

Isnin 11 mac



Minggu ini cuti /mc lagi 2 hari… minggu lepas pun dua hari. Bulan mac ini sudah empat hari mc. Rekod yg belum pernah ku buat. Tapi demikianlah sakitnya yg tak tertanggung.  Slip disk. Atau lebih tepat kecederaan pada spine yg membawa ke kaki kiri. Ke klinik sudah, gh sudah… akhirnya ke ampang puteri. Tapi bila sakit tak sayang duit lagi dah. Gh terbaik.. tapi dia bagi appointment lagi 10 hari.. itu pun paling cepat katanya. Maka ke AP lah. Untuk seketika sahaja, ubat untuk menahan sakit di seluruh kaki kiri shj. Doctor itu mengaku dia tak cukup kepakaran untuk spine / ruas tulang belakang.. dicadangkannya dok lain yang hanya ada sekali seminggu.  Hari ini dlm sakit aku gagahi juga menjengah murid cbn2 di sks untuk memulakan pasukan sofbol.. dekat je tak pa kot. Jadi sedang berfikir nak teruskan ke gh 21 mac atau ke AP saja untuk seterusnya. My hubby kata elok ke gh saja. Gimana ya… 

Rabu 13 mac.



Rasanya macam sudah hampir give up… mcam-macam penyakit sudah dilalui… ingatkan setelah terselamat dengan jantung yang tiba-tiba perlu dibedah,  boleh hidup aman… rupanya ada lagi penyakit yang perlu dihadapi.. slip disk .. bukan tergelincir cakera…tapi  spine yang sudah menipis .. amat sakit dan tidak selesa…  Allah sayangkan aku.. kerana itu Dia mahu aku rasa pelbagai jenis sakit dan terus berusaha berubat… wahai siti rokiah jangan berputus asa… setiap penyakit ada ubatnya… dulu mula-mula rasa darah tinggi.. selalunya bacaan bawah yang tinggi… kononnya lebih bahaya… dikatakan berpunca dari stress..  2002 mula sakit pinggang yang teruk sehingga tak boleh bangun.. rupanya bukan pinggang tapi muscle yang dikatakan pecah.. rupanya ia membawa kepada spine yg kini kuderitai… apa lagi.. oh gastric, pernah mengalami sakit di dalam dada yang amat sangat… rupanya luka-luka ditenggorak .. fibroid, sis, tegang tapak tangan, pergelangan tangan ( sudah dua-dua belah di suntik steroid) kencing manis  pula ditemui semasa hendak buat bypass( tiga serangkai) Tapi bila melihat orang lain di hospital, kita akan lebih insaf kerana ramai yang lebih teruk penyakitnya…

Khamis 14 mac

Wednesday, October 17, 2012

setahun sudah berlalu. di malam ini didi yg menemani sehingga aku tidur. amat sukar melelapkan mata. didi masukkan surah yasin dlm bb.. aku mendengar dan menghayatinya sehingga tertidur. kerana esok adalah harinya. sepanjang hari ahad... semakin menuju ke petang semakin takut rasanya... seperti menanti kematian yang akan menjelang esok. berdebar, resah, gelisah, takut... hanya Allah yang tahu... keesokannya hanya didi yang menemani hingga pintu OT ditutup...mana abah..? bila pintu tertutup aku juga seperti ditutup... bila sedar samar2 terasa didi dan abah di sisi... sudah petang ya... dan tidur lagi hingga pagi selasa... bila samar2 pagi abah mengusap dahi... kemudian dia hilang...terima kasih Ya Allah kerana kurniakan anak2 yang sangat mengambil berat menjagaku semasa saat kritikal...seterusnya dari icu ke wad.. aku lalui dengan jayanya saat2 getir itu... Ya Allah syukur ku pada Mu kerana memberi aku peluang kedua ini...sabarnya nina merawatku... ayeh n ika.. ami jauh tak perlu diberitahu ketika ini.. biar reda dulu, begitu juga emak... setahun sudah... pedihnya masih terasa kadang2...

Sunday, October 14, 2012

perjalanan....

Aku tak tahu mengapa aku di sini. Bodohnya aku. Tak langsung soal. Tak baca aturcara. Dia memang ajak. Tapi mengapa dia ajak. Untuk mendera atau kasihan. Tapi aku rasa tersiksa. Aku tak fikir dia nak dera perasaan aku. Tapi mengapa dia nak sangat bawa aku. Aku lihat dia happy. Akau tak pernah tengok / dengar dia ketawa sekuat itu bila dengan kami. Tadi dia ketawa sungguh-sungguh...Sabtu 6 okt/sg koyan

                                                                   ********** 

Sampai masa untuk nina. Restu kami bersamanya. Disunting orang anakku ya. Pilihannya. Itulah jodohnya yang Allah kurniakan. Semoga berbahagia ke hujung nyawa. Aku masih sakit ketika keputusan dibuat untuk nina. Masa agak suntuk … 5 bulan. Aku gagahi juga kudratku demi anak gadisku satu-satunya. Mujurlah dia sendiri banyak idea…dan ideaku dia tak pernah bantah. Beberapa tempat dituju… akhirnya merak kayangan menjadi pilihan. Aku bimbang sangat takut biayanya yang agak… tidak direstui. Tapi dia bayar 100%. Sehgeyau juga aku pada mulanya. Syukur. Persiapan awal aku biaya. Mujurlah belum luak simpananku. Ibarat kata didi...” mama ada duit sebab abah tak pernah kacau duit mama..” Memang seluruh belanja kehidupan darling tanggung sepenuhnya… Cuma kena ikut cara dan bajet dia.. makanya duitku... Tentang majlis nina hari tu.. keseluruhannya puas hati. Ada sikit-sikit yang mencacatkan tu masih boleh diatasi. Hanya terima kasih pada mereka yang membantu. Tiada upah. Tiada ganjaran. Selain isa n fani. Ja yang membantu sejak khamis mlm. Watiamir dari awal persiapan. Staf cbn2 pulun sungguh di merak. Cantik dengan uniform baiah. Pasukan tarian dan nasyid, dengan ibu bapa mereka juga.. sungguh committed. Cantik sangat persembahan mereka. Pereka tari syed ehzan dengan baju2nya.. Alhamdulillah ramai sungguh yang membantu.. adakah itu balasanya kerana aku juga banyak membantu orang lain.. tapi betulkah aku sebelum ini banyak menolong orang lain. Aku rasa macam sikit ja aku membantu orang lain. Tapi kalau dilihat dari pertolongan yang datang dari segenap sudut… mcm aku pasti sangat akau memang banyak membantu. Macam fani n isa yang menyerah diri untuk bantuan yang amat besar… ibarat kata nina thank you to my mums friend who help more then my blood aunties… masa ijab… kueh mueh yang dibawa mereka .. Subhanallah banyak sungguh… melimpah ruah… Balasan dari Allah. 

                                                            ***********************

 Bintulu. Ok juga. Cuma jauh. Tapi kata kawan ku pangkor pun kira jauh sebab kita tak boleh sampai dengan kereta. Tapi bintulu jauh sungguh. Kalau ada sesuatu hal… tak boleh sampai dengan begitu sahaja. Perjalanan dan pemergian ke sana kena dirancang betul2. Awie pun kena fikir 200 kali sebelum letak jawatan…carrier kita adalah hidup kita. Cik nab amat tertekan. Letak jawatan dan cucunya.

                                                          *************************

 Hari tu ada yang di seberang minta tolong sikit… setelah ditolong, dia minta gambar… saya rasa tak perlu. Kita dah terlalu berusia untuk bertukar gambar. Biarlah yang dulu-dulu tu berlalu begitu sahaja. Hari ini tiba-tiba yang di hujung sana .. sampaikan pesanan… miss you so much… usahlah di semak kembali kisah lalu. Tumpukan perhatian dengan apa yang kita ada kini. Kita pun bukan muda lagi untuk melakonkan episode lama.

                                                              ********************** 

Dalam susah-susah aku menguruskannya… aku sayang padanya. Banyak yang perlu aku sentuh/buat/laksana/ubahkan/bentuk… dan apa-apa lah yang sesuai dengan tugasku. Sukarnya menjadikannya yang terbaik. Masa di s dulu aku dan team selalu mencipta kejayaan. Sini saingan dan gangguan yg di sebelah dinding amat melukakan hati ku. Sesuatu yang didepan mata tapi tak tercapai tangan untuk di senggarakan.

                                                              *********************** 

Setahun sudah berlalu. Saat jerih payah itu. Kenang kembali .. ”Berjaya aku melaluinya ya..”Anak-anak benar2 memberi aku nyawa. Ika sabar menjaga. Tak pernah terduga sehebat itu dugaan yang aku terima. Kemuncak segala penyakit. Ibarat mati hidup semula. Dapat nyawa baru. Allah maha kaya. Setiap penyakit Dia adakan jalan penyembuhnya.

Monday, September 17, 2012

cantik

gambar awak cantik

Tuesday, February 7, 2012

Baru dua hari bertugas...cuti semula empat hari. Pagi tadi aku ke Pantai Turf.. stadium hoki, saja nak melihat-lihat murid2... kagum dengan kegigihan guru2 n parent melatih pasukan hoki cbn2... walaupun hari ini orang lain enak2 bercuti...dan aku mula drive sebegitu jauh.. semalam kat keramat ja.. hari ini semakin jauh.. agak sakit dada, terutama bila pulaih stereng... tapi doktor kata kena lawan.. (susah mengharapkan org utk hangkut kita ke sana ke mari...)

Esok akan ke JPWP.. Bicara Profesinalisme Pengarah dan GB... 4.00 petang ada mesyuarat PIBG di sekolah.. sehari suntuk... tahankan badan yg tak sepenuhnya sihat ini..

Tadi banyak idea nak catat di sini... dengan beberapa call, ada hal2 berbangkit, terbantut segala idea.