Hujung minggu lepas kami empat beranak...ke PD. Anak sulung saya Didi dapatkan apartment untuk entertain kami. Kami ajak juga anak-anak menakan supaya bertambah meriah percutian kami. Nina (jauh) dan Arif si bongsu saya tak dpt ikut kerana program sekolahnya.
Lama sungguh saya tak mandi laut. Agaknya dah berbelas tahun. Lepaslah gian juga. Apartment dua tingkat tu sungguh selesa. Pemandangan lautnya pun cukup cantik.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah tentang satu cerita pelek tapi benar. Oleh kerana yang booking aprtment itu Didi, maka dia registerlah nombor kereta dia. Nak jadikan cerita kami sampai di Bayu Beach Resort jam 6.30 petang kerana saya singgah makan kenuri kawan saya Dr Nor Maznah Yahya yang mengahwinkan anak keduanya. ( Dorm mate saya masa di Jenan ) Kemudian singgah pula di KMB ambik Ami anak ketiga saya.
Didi naik kereta dengan sepupunya, mereka sampai awal. Oleh kerana satu aparment boleh bawa masuk satu kereta sahaja, mereka parking di luar kerana nak beri laluan pada mama dan abah parking di dalam. Lagipun kereta kami bawa banyak barang...Bila sampai di gate, kami tak dibenarkan masuk oleh pengawalnya...kerana nombor kereta dengan nombor booking bilik tak ngam. Dia kata kalau register kereta A kenalah bawa kereta A, kenapa bawa kereta B. ( nak buat macam mana dah ada beberapa buah kereta... rupanya masalah juga...) Setelah bersoaljawab pengawal tu pun panggil bossnya... ketua sekuritilah kot.
Ingatkan ketua sekuriti tu Melayu bolehlah kami merayu. Sama juga...kereta kami masih tak dibenarkan masuk. Punyalah kami slow talk.. pun tak bagi juga. Dia suruh kami park di luar. Dah tak larat nak menawar kami pun carilah parking di luar BAYU BEACH RESORT yang memang tak berapa nak ada, jenuh jugalah kami mencarinya. Kemudian angkutlah beg2 dan bekalan2 makanan yang banyak tu dengan segala susah payah. Nak malang lagi jauh pula tu main gate dengan apartment yang kami sewa. Bila sampai dekat apartment kami dapati ada ratusan parking lot yang masih kosong. Lagilah menyirap darah kami semua. Apalah salahnya kalau dia benarkan kami bawa masuk kereta... bilik yang jauh ... parking yang kosong. Saya pelek betul dengan sikap dan ego manusia. Kita sama sebangsa seagama. Apa nak kira sangat. Dia kata itu langkah keselamatan. Awat kami ni nampak macam orang jahat ka...
Nasib baiklah percutian kami tu intresting.. jadi kuranglah sikit rasa tensionnya. Jadi lepas ni.. rasanya kalau nak ke BAYU BEACH RESORT kena pikir 10 kali. Dah banyak hotel dan resort yang kita menginap.. masuklah kereta berapa biji pun tak da masalah. Bila kita ada tamu di hotel pun boleh parking dengan mudahnya. Saya rasa inilah promosi hotel mereka yang paling berkesan...kita guest yang bayar mahal pun kena parking di luar dan tentunya keselamatan kereta kita pun....
jangan heran maklang. Inilah jenis manusia yang sedang membiak dalam masyarakat kita la ni. Robot bernyawa - ikut procedure dan tidak ada budi bicara. Bukan soal nampak baik atau nampak jahat. Soal ada kosong atau penuh sesak. soalnya arahan mesti kena ikut. nampak pelik kena suspect. Logik akal diguna ikut keadaan dan kepentingan saja atau pun kiraan wang - kalau kasar sikit. Selebihnya says sorry.
ReplyDeletemisalannya, kepada orang putih imej dan nama saya merupakan suspect nombor satu. Sebab tu dimana-mana check point selalunya saya kena 100% check yang amabil masa lebih lama dari orang lain. Kena lalu ikut lane khas - special security clearance. Pernah dalam perjalanan dari Perancis ker Jerman dulu, kena 1 jam atas keretapi orient express oleh 7 polis perancis.
Rasa serik nak travel luar negara.
So, hotel atau resort yang robot macam tu, kita pakat toksah pi lah. Banyak lagi temapt lebih selesa dan mesra pengguna.
oh. jelesnye!!!!!
ReplyDeleteSalam Kak ct,
ReplyDeleteNasib baik kena kat kak ct kalau saya la dibuat macam tu, saya terus cari hotel lain aja la.. duit kita yang nak bayar kak.
Saudara Mat tu saya rasa kena tukar imej la kalau nak pi luar negara khasnya negara barat.
Atau pun pi melancung kat gunung senyum saja.
salam cikgu..nasib baik kena kat cikgu kalau kena kat saya......emmmm...sabaq2..bulan posa..sabaq....tapi nanti buat cuti2 nak ikut boleh????raya balik sini???nak bawak anak2 ami pulak nie...wakakak...
ReplyDelete