Friday, August 14, 2009

NAZIR

Hari ini adalah hari yang amat lega untuk saya...

Hampir lima hari saya bergelut dengan persiapan untuk memenuhi keperluan nazir. Tapi hasilnya Alhamdulillah... Depa beri markah 90.7 pada kami ( sekolah saya ). Dengan markah sedemikian kami layak diletakkan dalam kategori gemilang

Tiga hari saya duduk 12 jam di sekolah. Terima kasih tak terhingga pada semua ajk dan dua s/u saya yang sama-sama bekerja keras dengan saya. Usaha kita bersama ...hasilnya kita nikmati bersama juga. Pihak nazir sangat berpuas hati dengan apa yang kami ada. Yang bagusnya mereka terlebih dahulu beritahu kita perkara-perkara yang mereka akan tengok secara detail. Tapi kami yang sudah banyak kali dilawati nazir, berjaya sediakan semuanya, termasuklah beberapa item yang tidak ada dalam senarai. Kerana kadang-kadang ianya berkaitan, dan mereka akan melihatnya.

Hari ni saya balik dari sekolah se awal 1.30 petang. Ingat hati nak habiskan beberapa kerja rutin saya... tapi sampai jam satu suku saya rasa macam tak bermaya. Lalu saya berkemas dan pulang. Baru saya sedar dan bersyukur kerana rasa letih itu datang setelah semuanya selesai. Sebelum itu tiga hari saya duduk di sekolah hampir 12 jam. Tapi masa tu tak rasa letih. Jadi saya pun beradulah sepuasnya petang tadi.

Bila difikir-fikir balik bagusnya lawatan nazir ini. Maksud saya ialah kita berjaya sediakan apa yang mereka minta dari A hingga Z. Semua yang tertangguh sebelum ini berjaya disiapkan, apa yang belum dibuat boleh dilaksanakan, benda yang tak tahu, kita jadi tahu. Yang kurang kita boleh buat penambahbaikkan. Saya juga bersyukur kerana GB saya memberi kepercayaan penuh pada saya. Yang penting sokongan dan moral support yang dia sentiasa berikan pada saya. Dengan sokongan yang begitu membuatkan saya bersemangat untuk bekerja.

Walau bagaimanapun masih ada beberapa perkara yang agak longgar yang telah ditegur dan di terangkan oleh pihak nazir yang perlu segera kami perkemaskan.

Secara keseluruhannya kita semua sepatutnya mengalu-ngalukan kunjungan nazir, kerana mereka banyak membawa kebaikan kepada diri kita dan sekolah kita. Cuma kita kenalah selalu bersedia. Tapi, walau bagaimana bersedia pun kita... bila nazir beritahu nak datang kita pastinya berasa kecut perut... dan mulalah episod kena bekerja lebih keras. Tapi agak nya secara semula jadi saya ni selalu segheyau… cukupkah...? betulkah...? maka saya pun terus berjuang...

7 comments:

  1. Apa benda yang tak tahu jadi tahu tu kak? apapun tahniahlah sebab dapat melakukakan yang terbaik sehinggakan nazir begitu puas hati. Lepas ni gamaknya kena kerja lebih keraslah... kalau tak kena pindah sekolah pulak...

    ReplyDelete
  2. Ezam adikku.. atau lebih tepat anak...

    Banyak dik yang kita tak tahu... sukar nak dihuraikan di sini.. kalau nak tahu lebih jelas sertailah mesyuarat kurikulum dengan akak hari isnin ni..

    Istimewa untuk ezam... jangan diulangi apa yang dah berlaku tu... anda pecah rekod dik...I'm sure you can do it, prove it my dear...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kejayaan terhasil oleh beberapa faktor. salahsatunya tekanan.tekanan jika dilayan secara positif, hasilnya insyaAllah positif.tekanan ujud dari banyak sumber atau elemen. dalam kes ni, nazir atau lawatan nazir itu sebenarnya tekanan kerana sesuatu yang ada pada nazir itu mempunyai makna dan besar impaknya kepada guru-guru.

    ReplyDelete
  5. betul juga tu... kalau En. Nazir yang datang ok lagi.. tapi syukurlah nazir yang datang sangat berpuas hati. Cuma saya sahaja yang tak puas hati. Tahun ni nampaknya bagus dari segi tertentu dan dari segi yang lain pula tak berapa nak bagus..

    Apapun saya setuju dan mulai sekarang kena fikir positif, lakukan yang positif,hasilkan yang positif dan lupakan yang negatif.

    ReplyDelete
  6. Barisan kalau nak nampak cantik kenalah lurus, Nak luruskan barisan, semua yang ada dalam barisan tu kenalah satu hati dan bersedia terima arahan penanda dan ketua. Kalau ada sorang dalam barisan tak nak ikut atau fikir orang kena ikut dia grenti barisan tak lurus.

    Alternatifnya sama ada kita keluarkan yang sorang ni atau ambil dia jadi penanda.

    Pilihan saya ialah ambil dia jadi penanda supaya dia berusaha mempastikan rakan-rakan lain meluruskan barisan agar jangan lari dari penanda. Susah tau kerja ni ...

    Senang saja nak seronok tempat kerja ni cik gu ezam , anggap saja bos kita tu sebagai mak bapak kita tidak pun kawan karib senang nak bicara.

    ReplyDelete
  7. Emmm betul juga tu.. saya terima nasihat cbazmi sebagai nasihat seorang bapa... insyaallah dapat luruskan barisan yang bengkok tu.

    Sebenarnya saya ni ada kelemahan iaitu sukar berterus terang.. dan kalau ada masalah tu cuba buat-buat macam tak ada apa-apa berlaku... selagi orang tak tanya selagi tu buat tak tahu... baru saya tahu rupanya salah cara saya tu dan tak sepatut berlaku macam tu.. menyembunyikan sesuatu perkara sebenarnya tidak menunjukkan kematangan..

    Selepas ni kena berani sikit berterus terang.. tapi rasa segan pulak... apapun saya akan cuba yang buat yang terbaik..

    Terima kasih banyak atas nasihat yang diberi..

    ReplyDelete