Friday, July 31, 2009

H1N1

Nampaknya penyakit itu dah meluas di negara kita. Hari ini dua orang anak saya balik, kerana H1N1. Yang adik balik semalam lagi, katanya sekolah dia 50 orang demam, tapi blm confirm H1N1. Hari ni abang dia yg no 3 pula balik dari KMB yg sah tutup kerana gejala itu.

Semoga kita semua dalam peliharaan Allah dari penyakit itu.

Minggu lepas kita dikejutkan dengan kematian Yasmin. Satu kehilangan besar buat industri entertaiment negara kita. Siapapun dia sebenarnya, saya suka idea dia yang lain dari yang lain. Orang-orang kreatif begitu nampaknya dijemput awal oleh penciptanya. Contohnya P Ramlee, Sudirman... Semoga mereka damai di sana. Kita juga akan menyusul...

Selamat tinggal Julai...cepatnya masa berlalu.

No comments:

Post a Comment