Thursday, November 19, 2009

UPSR

Hari ini result UPSR...syukur ke hadzrat Allah Subhanahuwata'ala di atas pencapaian SK Setiawangsa...dengan 94 orang murid mendapat 5A...merupakan jumlah yang paling ramai di W.Persekutuan KL. ( Masih memegang rekod tahun lepas ) Hari ini sekolah dihujani wartawan dari pelbagai akhbar...Kejayaan ini adalah berkat usaha dan doa murid, guru dan ibu bapa. Tahniah dan terima kasih pada semua guru sks dari tahun satu hingga tahun enam ( terutama yang tahun enamlah...) Ini adalah hasil usaha dan kerjasama seluruh warga SK Setiawangsa. Walaupun turun sikit dari segi peratus dan jumlah 5A, namun masih terkemuka di KL. Nampaknya semua sekolah menurun sikit keputusannya tahun ini.

Esok kami akan adakan majlis persaraan untuk dua orang guru yang disayangi semua...Pn Khatijah dan Pn Jusvinder. Keduanya sama hebat, sangat komited, terlalu banyak jasa pada SKS.
SKS akan kehilangan dua butir mutiara yang sangat berharga. Kedua guru ini masih bekerja keras untuk sekolah walaupun diambang persaraan...dan kami tentunya kan sentiasa memerlukan khidmat mereka ini tahun hadapan..mereka pun memang bersetuju untuk mencurahkan bakti pada secara sukarela pada sekolah yang mereka sayangi ini. Mereka berdua ini adalah di antara beberapa orang guru yang sama-sama membuka SKS 15 tahun dahulu. Bagi saya pula sangat terharu kerana keduanya telah memberikan cendera mata yang sangat berharga pada saya..( mereka sayangkan saya kah...? ) Saya terkejut dan terharu orang yang akan bersara memberi hadiah pada PK ...? Belum apa-apa kami diselubungi rasa sedih... sejak minggu lepas ada yang dah meleleh...bila bercakap tentang persaraan itu...esok entahlah...?

Satu lagi peristiwa penting yang akan berlaku esok...untuk julung kalinya sejak lima tahun saya jadi PK di SKS, kami akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang secara besar-besaran. Biasanya kami buat di sekolah sahaja tapi kali ini... kami buat di dewan Centrum Setiawangsa yang boleh memuatkan 1000 orang. Agak berlainan kerana kami jual meja (dinner) Sambutan ibu bapa sangat menggalakkan.. terpaksa dihadkan. Apa yang akan kami tonjolkan ialah niche area sks iaitu orkestra dan teater. Ini adalah majlis yang saya terajui...dan saya sangat berharap dan berdoa agar ianya berjalan lancar tanpa sebarang masalah...

menara jam

Sunday, November 15, 2009

akhir menanti

Lama tak menjengah ke dadamu...sibuk sangat atau sudah kering idea..atau sudah ada laman lain yang lebih mudah..face book. tapi blog ada keistimewaan tersendiri. Luahan rasa lebih meresapi hati...

Beberapa jemputan yang bertindih dari kawan-kawan rapat yang akan menerima menantu...jarak yang jauh... bagaimana nak memenuhinya...

Paling penting syati...jemputannya sejak lama dulu...tapi kekangannya sangat tegal untuk di harungi...maaf syati...mungkin anak ke dua mu nanti.

Tinggal beberapa hari lagi menjelang cuti sekolah...banyak yang perlu dibereskan. Semua orang nampak sibuk sangat di sekolah. Yang bestnya di sks kerja yang banyak tu jadi mudah dan menarik kerana kerjasama semua gurunya...Lajunya masa berjalan. Banyak peristiwa penting minggu depan...arif mula spm, MAC SKS, hubby ke nz...Kerja-kerja di sekolah banyak yang dah siap semua sblm target date. Syabays utk kita semua...

2010 menjelang tak lama lagi...