Tuesday, September 8, 2009

UPSR BERMULA HARI INI

Seluruh negara tahu anak-anak kita di tahun enam hari ini sedang berjuang di arena UPSR. Bagi saya semua anak telah melepasi UPSR... Alhamdulillah ke empat-empatnya lepas dengan straight A. Masa zaman saya dulu Penilaian Darjah 5 namanya. Masa tu tak berapa sedar pun ada `periksa besar’. Tahu-tahu ada periksa.. study, tusyen jauh sekali. Tapi saya ingat masa tu saya dapat 1 A sahaja. Tahun 69..oops tahun tu berlaku 13 Mei... pun masa tu tak tahu sangat apa yang sebenarnya berlaku.

Sekolah saya seramai 398 murid menduduki UPSR tahun ini. Sama jumlah dengan tahun sudah. Mudah-mudahan kejayaan tahun lepas (118 orang 5A) akan berulang lagi. Mencapai kejayaan satu hal... mengekalkan kejayaan satu hal lagi.. (yang lebih susah sebenarnya). Harap-harap impian menjadi kenyataan. Saya lihat guru-guru saya di tahun enam telah sehabis daya berusaha untuk menyediakan murid-murid ini. Murid-murid pun demikian juga. Berusaha sudah.. kini hanya tinggal doa sahaja lagi. Itulah kelebihan kita orang Islam kerana kita ada usaha dan doa. Dua perkara yang kita tak boleh pisahkan. Semoga UPSR yang berlangsung dalam bulan Ramadhan yang mulia ini akan bertambah-tambah keberkatannya untuk anak-anak murid kita.

No comments:

Post a Comment