Sunday, July 12, 2009

kenangan





Ini adalah gambar2 masa raya 2008. Untuk kali ketiga kami raya di KL. Ibu saya juga beraya dengan kami. Gambar anak perempuan saya tu sebenarnya saya paste je. Dia raya di NZ. Kebetulan gambar tu boleh masuk pula...masa tu kami sedang nak melangkah untuk semayang raya di masjid al ansar.

Minggu ini akan berlalu beberapa jam saja lagi. Weekend saya sedikit meriah kerana tak semena-mena anak ketiga saya Ami balik dari KMB. Setelah 3 minggu dia rindu rumah.

Petang tadi saya dan suami ke KMB untuk hantar Ami. Teringat pula pada mad saman @ mad lazim. Saya call, ingat on the way balik nak singgah rumah dia. Rupanya kami mempunyai agenda yang sama .. dia pun ke tempat anak nya di Jengka. Jadi tak berkesempatan. Harap lain kali.

Saya ingat lagi minggu lepas kami ramai2 kat rumah faiz anak kak ja. Meriah sungguh kami dengan pasangan masing2 makan durian dan cempedak. Masa balik saya dan yati bawa sebiji sorang. Ahadnya saya menyeghok cucuk cempedak.

Sejak kenuri kak ja, beberapa kawan lama saling berhubungan. (Teman2 zaman kanak2 memang masih manis dalam ingatan.) Mula2 sekali saya call mad saman... kami cerita pernah berjumpa di padang ragbi tahun 82, tapi kami hanya saling tersenyum kerana tak pasti antara satu sama lain. Rupanya dia pun ingat akan pertemuan itu. 2 hari kemudian munir cal saya. Bila dia cuba2 nak menyamar... saya kata saya masih ingat munir budak naga ( budak la kita dulu2) Yang terakhir saya dpt panggilan dari mazlee. Macam2 cerita keluar terutama pasai cermin mata dia.

Balik kl lepas kenuri kak ja, saya cari blog ibnusaman. Alangkah terkejutnya saya bila saya dapati nama saya tercatat dalam cerita dia. Lalu dengan rasa terharu, sedih, bangga saya email dia...seperti lampiran...

Dear mad lazim,

Saya lebih familiar dengan nama mad lazim berbanding ahmad bin mad saman. Mungkin bagi anak lubuk kawah seperti saya apatah lagi anak didik sek tok jalai kami lebih mengenali anda sebagai mad lazim.

Apa yang membuat saya terpanggil menulis email ini ( saya tak ada blog - tapi selalu membaca blog tertentu - jadi saya tak boleh nak komen dalam blog ) ialah setelah saya terbaca perenggan ini...di dlm blog anda. saya tak pernah menyangka anda mengingati saya dengan kenangan begitu manis dan mengharukan. saya tak tahu pun peranan saya pada ketika itu begitu bermakna buat anda. saya pun bukanlah orang senang pada ketika itu, tapi mungkin lebih sedikit sahaja dari anda. terima kasih kerana masih menghargai saya walaupun telah 36 tahun berlalu.

Malam selepas kenduri kak ja saya tak boleh tidur... kerana terlalu memikirkan pertemuan kita semua di sana. walaupun kehadiran tak sampai 20 orang tapi cukup bermakna. umpama mimpi dalam mimpi. terima kasih kerana mencetuskan ilham untuk reunion itu. saya harap ia menjadi ilham untuk reunion yang akan datang.

Kalau boleh masukkan lagi banyak gambar pertemuan kita hari itu. atau tolong emailkan gambar2 itu untuk saya.

Sekian.

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak,

    Kak ct mungkin tak berapa ingat saya, saya mungkin lebih ingat kat kak ct kerana selalu bersaing basikal masa balik dari sekolah dulu.

    Kak ct mungkin boleh bayangkan kalau saya katakan saya la yang naik basikal tua buruk pergi dan balik sekolah tu.

    ReplyDelete