Hari ini saya diberi peluang mewakili GB ke Majlis Perhimpunan Warga Pendidik di PICC. VVIP nya ialah TS Muhyidin. Banyak yang disentuh beliau dalam satu jam ucapannya. Majlis dihadiri oleh hampir 3000 warga pendidik seluruh WP dan Selangor.
Selepas beliau meninggalkan majlis untuk acara lain kami mendengar pula ucapan / amanat TS Alimuddin dalam majlis tertutup. Kemudian disusuli pula dengan sesi soal jawab. Ramai jugalah warga pendidik berpeluang bertanya pelbagai soalan dan mencurahkan permasaalahan yang dihadapi kepada TS Alimuddin.
Pada saya agak sayang juga PPSMI dimansuhkan, setelah bersusah payah kami warga pendidik mengharunginya. Memang ada baik dan buruknya. Tapi memikirkan saudara mara kita yang di luar bandar yang agak tak terkejar dengan PPSMI saya rasa lega juga.
Tapi ramai juga anak murid saya yang mengeluh kerana mereka sudah biasa belajar mat dan sain dalam BI. Ada yang bertanya “ Cikgu, nanti naik tingkatan satu kami kena belajar dalam BM balik ye…?” Kelihatan wajah mereka yang kurang senang. Jenuhlah juga kami menerangkannya.
Sebenarnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) sudah buat bermacam program untuk memantapkan penguasaan BI cikgu2 PPSMI ini. Termasukalah memberi elaun 10% ( BISP ) supaya mereka memperkukuhkan BI. Program ‘buddy’ juga banyak membantu. Tapi apakan daya peratus keseluruhan pencapaian mat dan sains di luar bandar menurun, tapi di bandar naik. Walau bagaimanapun kali ini pemansuhannya bukan dibuat melulu, kerana tempoh dua tahun perantaraan itu banyak yang boleh di perbaiki. Kajian demi kajian dibuat supaya kita tidak tersilap membuat percaturan.
UPSR … tiba2 menjadi perbincangan di dada akhbar. Sebenarnya tidak dimansuhkan, Cuma buat penambahbaikan. Iaitu KPM memperkenalkan SPPK( Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan ) Sekolah saya adalah antara sekolah rintis yang menjalankannya bermula tahun ini dengan Tahun 1. Kelak UPSR dalam beberapa tahun lagi akan mengambil kira markah keseluruhan di sekolah dicampur dengan peperiksaan peringkat pusat. Mana mungkin murid pada usia 12 tahun hendak diuji dengan pelbagai subjek. Lima tu cukuplah.
Sejak dulu lagi hal-hal pendidikan begitu diberi perhatian oleh setiap golongan masyarakat. Ini menunjukkan kita semua mengambil berat tentang pelajaran anak2.
Dengan sisitem pendidikan kita yang ada inilah juga menjadikan kita masyarakat kelas pertengahan… seperti kata mad saman… dari lanyau desa ke kota raya…Kalau kita tak mengaji di SMJ mungkin kita tak jadi seperti sekarang…(kerana ada ramai juga kawan2 kita yang tak sambung ke sekolah menengah pada ketika itu)
Saya sangat berterima kasih pada ibu bapa kita yang bersusah payah menyekolahkan kita… walaupun kena kayuh geghek ( buruk pula tu ) sejauh lebih 15 km sehari ( pergi dan balik ) untuk ke SMJ. Masa tingkatan satu, basikal saya buruk , tak dak lampu pula tu… balik sekolah dah malam .. hanya tumpang lampu basikal Milah. Dari Tanah Merah ke Lubuk Kawah…jalan melalui ‘kebun raja’…cuma lorong kecil, selalu terseradung akar pokok getah…
Tapi Alhamdulillah kita jadi ‘orang’ akhirnya…
geghek tidak mencerminkan apa2. kalo dah beursaha, akan berjaya juga.
ReplyDeleteGO KPM!! Rombak dan kaji la. lepas kaji, sila lampirkan untuk tontonan umum ya
Salam Kak Ct,
ReplyDeleteSaya terpanggil juga nak komen , bukan fasal kisah Labu Besar tu, tapi fasal PPSMI ni.
Kenapa la kerap sangat dasar pendidikan kita berubah. Kalau boleh saya katakan macam program skim cepat kaya aja la. Tak boleh ka kita tunggu hingga sampai ketitik tujuannya dulu. Jangan la kita jadikan anak bangsa kita mangsa ujikaji kerana tak ada dasar yang ampuh.
Bila saya tengok siaran hujjah di TV 9 semalam , saya pening kepala dengan hujjah Dato bekas Pengarah DBP tu yang juga seorang penentang PPSMI. Apa la yang hebat sangat dengan angka ribu-ribu yang disebut dibandingkan dengan lebih 25 juta rakyat Malaysia. Dah la tu berhujjah pula tak ubah macam orang nak mengamuk aja.
Boleh tak saya buat bandingan macam ni, contohnya kalau kita nak panjat gunung Kinabalu tentunya tujuan kita dan sasaran kita ialah nak sampai puncaknya. Kalau kita panjat baru separuh jalan tiba-tiba penunjuk jalan ajak patah balik, alasan kerana ada orang kata terdapat dikalangan pendaki dah letih dan penat. Apa halnya dengan orang yang masih bersemangat nak kepuncak walau pun mereka juga letih dan penat? Tak kesian ka kat mereka tu?
Agaknya bila pulak la kita dapat berada dipuncak dan dapat dengan megahnya menjulang bendera disitu..
Terima kasih.
Seronok sebenarnya berdebat pasal PPSMI... masing2 ada pendapat atau pandangan sendiri... Berbeza pendapat memang sangat bagus... supaya kita dapat menilai keburukan dan kebaikannya dan akhirnya memilih yang banyak kebaikkan...
ReplyDeleteSebagai contoh saya sebagai guru PJ saya mengajar murid lompat tinggi... murid tak boleh lompat... adakah saya perlu paksa? walaubagaimanapun saya yakin saya boleh ajar dia sampai dapat.... tapi tak semestinya usaha saya itu berjaya... kerana bentuk fizikal dan berat badannya amat tidak sesuai untuk aktiviti tersebut... ada orang menegur saya supaya tidak memaksa murid itu lompat tinggi... tapi saya teruskan jugak(ego)... adakah itu cara yang betul sedangkan saya tahu bahawa sekuat mana pun usaha saya ia pasti tidak berhasil... begitu jugalah dengan situasi PPSMI sekarang ini..
Jadi bagi saya tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pelajaran Malaysia sangat bertepatan dengan masa dan tindakannya bersebab. sebab itu kita lihat tiada bantahan dibuat secara besar-besaran. Ini kerana orang kampung bertepuk sorak selepas mendengar perkabaran dari beliau. Dan yang pastinya Beliau tidak akan membuat keputusan sebegitu berani tanpa kajian terlebih dahulu.
Cadangan beliau untuk memantapkan Bahasa Inggeris dilihat lebih bertepatan... ini kerana sejak dulu lagi penguasaan bahasa inggeris murid masih boleh dikatogerikan lemah terutama luar bandar..
Jika PPMSI diteruskan kerajaan melihat bahawa terdapat pembaziran dalam bentuk modal insan yang mana hanya minoriti sahaja yang dapat menguasai PPSMI terutamanya penduduk di kawasan bandar manakala majoritinya pula akan ketinggalan jauh kebelakang. Bukan kerana gurunya tidak bagus... tetapi kerana faktor persekitaran dan kecerdasan minda murid juga perlu diambil kira... sebab itulah guru pakar kalau diberi tanggungjawab untuk mengajar murid yang lemah juga turut gagal meluluskan murid tersebut...
Saya harap selepas ini program kerajaan bagi memantapkan Bahasa Inggeris lebih berjaya dengan mengadakan pelbagai usaha untuk meningkatkan penguasaan tersebut.
So, apa kesimpulannya walaupun apa yang kerajaan buat memang bertepatan dengan slogan DS Najib Razak iaitu Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan.
kalau kita nak panjat gunung Kinabalu tentunya tujuan kita dan sasaran kita ialah nak sampai puncaknya. Kalau kita panjat baru separuh jalan tiba-tiba penunjuk jalan ajak patah balik, alasan kerana ada orang kata terdapat dikalangan pendaki dah letih dan penat. Apa halnya dengan orang yang masih bersemangat nak kepuncak walau pun mereka juga letih dan penat? Tak kesian ka kat mereka tu?
ReplyDeletePada saya ini tak boleh disamakan... dalam situasi tersebut... pendakian perlu diteruskan kerana pendaki lain hanya berkata dah letih dan penat... tapi sekiranya situasi seperti pendaki semput dan tidak mampu lagi menempuhi halangan kerana dibimbangi akan ditimpa malapetaka boleh disamakan dengan PPSMI..
contoh lain yang sesuai seperti..
Cik Zahra Mousamah bt Abdul Halim akan memecahkan rekod sebagai perenang wanita pertama Malaysia dan termuda merentasi Selat Inggeris dari Dover, Selatan United Kingdom ke Calais, Utara Perancis sejauh 39 km pada 2 hinnga 6 Julai....
Dia gagal meneruskan cita-citanya itu... kenapa dia berpatah balik... kenapa kita tidak menyalahkan dia... Jadi situasi yang sebeginilah yang telah dilihat oleh cerdik pandai dan pemimpin tertinggi negara kita sekarang ini...
Salam cik gu,
ReplyDeleteMungkin saya ketinggalan kerana tak tahu bahawasanya orang kampong bertepuk sorak apabila diumumkan PPSMI dimansuhkan. Agak lama juga dah tak tengok TV kerana sibuk dengan tugas.
Saya meninggalkan alam persekolahan dah 36 tahun. Mungkin saya silap kerana bersetuju dengan pandangan cerdik pandai dahulu yang memilih PPSMI sebagai tuju arah untuk meningkatkan penguasaan B.I dikalangan pelajar.
Apa yang saya harapkan pemansuhan PPSMI ini tak ada kena mengena dengan tekanan dan dibuat atas dasar kajian yang teliti dan tepat. Bagi saya kejayaan atau kegagalan sesuatu dasar tak dapat dinilai dalam jangka masa yang singkat. Macam juga kita tanam padi kat sawah tu , kadang2 hasilnya sikit, kadang2 kerana elok bajanya hasilnya berganda2, kadang2 tu hasilnya langsung tak ada kena banjir.. cabaran yang perlu dihadapi dengan penuh keyakinan.
Kata aruah bapa saya " Takut gagal adalah kegagalan yang sebenarnya".
Terima kasih.
Sebenarnya apa yg diperkatakan oleh cbazmi memang ada kebenarannya.. berkaitan dengan bermulanya PPSMI ini... PPSMI menjadi isu utama negara yang sebenarnya mendapat bangkangan daripada pelbagai pihak termasuklah cendikiawan2 dan pencinta bahasa... namun kerajaan ketika itu tetap dengan pendirian untuk meneruskan juga.
ReplyDeleteKetika itu murid dan guru dalam keadaan terdesak kerana dipaksa mengajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Sedangkan seharusnya kajian yang lebih teliti dilaksanakan.. jadi program ini dilihat agak bercelaru kerana terdapat banyak kelemahan..
Untuk memahami konsep matematik atau rumus sains seharusnya murid diajar dalam bahasa yang mudah difahami. Sebab itu disekolah cina matematik diajar dalam bahasa cina untuk memastikan konsep tersebut betul difahami oleh murid.. sekiranya tidak murid akan hilang tumpuan dan hilang minat belajar... bagusnya bangsa cina ini kerana dia tetap mendaulatkan bahasa mereka... bagaimana pula dengan kita sebagai bangsa melayu?
Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting... bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar saya lihat masalah bertutur dalam bahasa inggeris tidak menjadi hal kerana kebanyakkan ibubapa menggunakan bahasa tersebut sebagai alat pertuturan harian di rumah... tetapi sebaliknya bagi mereka yang berada di kampung. Saya tidak lupa suatu masa dahulu saya pernah mengajar di sekolah kampung dan melihat sendiri situasi sebenar... murid memang lemah dalam bahasa inggeris kerana bahasa pertuturan dirumah adalah loghat.... ada yg loghat jawa, asli, kelate, nogori, dan sebagainya. Inilah sebenarnya menjadikan PPSMI sukar untuk diteruskan... Tapi kita boleh beri cadangan pada kerajaan agar memberi peluang untuk memilih kalau hendakkan PPSMI diteruskan...
Pencinta bahasa juga tidak bersetuju dengan PPSMI disebabkan dalam kajian mereka.. dalam 10 ke 20 tahun akan datang bahasa melayu akan musnah... penguasaan bahasa melayu akan menjadi seperti bahasa inggeris suatu ketika dulu dek kerana banyak istilah2 matematik yang digunakan dalam bahasa melayu tidak lagi digunapakai seperti penambahan, pengurangan, pembudaran, pembahagian dan banyak istilah lain lagi...
Kalau kita lihat di negara luar yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama juga tidak mampu untuk meluluskan 100% matematik dan sains.. ini kerana bahasa dan matematikal adalah suatu perkara yang berbeza..
Kalau dahulu seseorang yang tidak berminat dengan bahasa inggeris atau lemah dalam subjek tersebut masih boleh cemerlang matematiik dan sains.. tapi kini kerana lemah bahasa inggeris... matematik dan sains juga turut gagal dan sekaligus melibatkan matapelajaran bahasa melayu.
Apa yang saya lihat sepanjang pelaksanaan PPSMI.. guru matematik dan sains diberi tekanan yang hebat... seolah gagalnya murid itu kerana guru tanpa mengambil kira faktor lain...
Bagaimana pula dengan murid yang gagal bahasa inggeris... adakah guru matematik dan sains yang harus dipersalahkan... yang saya tahu guru bahasa inggeris ok jer walaupun murid-murid mereka tidak mencapai tahap yang membanggakan kerana kerajaan ketika itu lebih tertumpu kepada matematik dan sains...
Seperti yang saya jelaskan sebelum ini.. saya amat bersetuju dengan TS Muhyidin atas keperihatinannya terhadap isu ini dan memahami permasallahan majoriti rakyat tanpa mengambil kira minoriti...
Berkaitan dengan kegagalan.. setiap pemimpin akan diuji itu memang janji tuhan... tapi gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya... kita tutup buku lama dan buka buku baru...
Apa yang penting, kita perlu menyokong cadangan menteri pelajaran kita sekarang ini yang dilihat lebih bertepatan iaitu memantapkan bahasa inggeris...
Barangkali amat sesuai dengan pepatah " sekali air bah, sekali pasir berubah". Inilah senario sistem pendidikan, ekonomi dan politik kita. Kita tidak tahu kenapa tidak boleh terjadi "berkali-kali air bah, pasir tetap tidak berubah". Ataupun apa yang boleh kita harapkan ialah jangan kerap berlaku bah dan sesekali biarlah kemarau panjang.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteitu memang saya sangat setuju... sebab apa yang saya lihat sebenarnya apabila menteri bertukar sahaja pasti ada sahaja yang nak diubah biasalah orang politik... kuasa ditangan mereka...
ReplyDeleteSaya pun berharap tidak akan berlaku lagi masalah sedemikian pada masa akan datang dan berharap sebarang keputusan yang berkaitan pendidikan di bawa berbincang terlebih dahulu dengan semua guru iaitu dari peringkat bawah kerana guru adalah orang yang akan melaksanakan segala bebanan tugas tersebut.
Kadang2 orang atasan terlepas pandang dengan merancang pelbagai perkara tanpa melihat bebanan yang ditanggung oleh guru sekarang ini.
Salam saudara Ahmad.
ReplyDeleteKomen hang buat aku teringat masa kita sekolah dulu. Macam-macam cara dibuat oleh cik gu kita nak bagi kita berkumunikasi dalam bahasa inggeris . Yang aku ingat kita sanggup bayar denda daripada bercakap bahasa inggeris.
Aku agak sebab tu la cerdik pandai dulu dapat jalan dengan idea mengajar math dan sains dalam bahasa inggeris supaya pelajar2 mau tak mau kena bertutur BI.
Tentang pencinta bahasa ni sebenarnya aku pun tak faham apa yang diperjuangkan. Tak kan la kerana belajar tolak campur darab dan kali tu dalam BI boleh memusnahkan Bahasa Melayu. Saya rasa bahasa melayu sekarang pun dah berkembang mengikut peredaran Zaman.
Zaman kita sekolah dulu kita belajar sastera , apa la gaya bahasanya yang hang masih ingat? Pelajar sekarang tak baca lagi buku text yang kita baca dulu tu. Mereka belajar bahasa yang lebih modern dan advance. Buku-buku yang lama tu hanya dirujuk sebagai sastera lama.
Dulu masa kita mula mengenal internet, kalau tak tau bahasa inggeris pening la jugak. Sekarang ... hang pun sedia maklum.
Kesimpulan saya cerdik pandai dahulu telah mencipta sejarah, cerdik pandai sekarang belajar mencipta sejarah.
Tq, Mat.
Kesimpulan akhir saya,
ReplyDeleteBetapa pentingnya bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Sehinggakan, sekiranya kita tahu berbahasa inggeris dengan mudahnya kita meneroka alam siber yang serba lengkap dan dipenuhi maklumat ini.
Dek kerana kepentingannya juga kita perlu memikirkan kaedah yang betul bagi memantapkan bahasa Inggeris diperingkat sekolah.
Kita harus ingat bahawa di sekolah murid terdiri daripada pelbagai latar balakang dan perangai yang sangat berbeza ada yang terlalu bijak... ada yang bijak, ada yang sederhana, ada yang lemah dan ada yang sangat lemah...
Kaedah denda 10 sen hanya boleh dibuat bagi kelas pandai atau hadapan sahaja... bagi peringkat pertengahan dan lemah tidak dapat dilaksanakan kerana murid akan bersikap lebih pasif.. kerana saya juga sempat berada di zaman itu... di mana cikgu akan minta 10 sen kalau cakap melayu.. jadi murid dalam kelas jadi pasf bila cikgu english masuk kelas.. pembelajaran jadi tak seronok.. berbeza dengan kelas pandai...
Kaedah menjadikan Matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris hanya dilihat menambahkan lagi kelemahan majoriti pelajar dalam subjek tersebut terutamanya sains. Seperti yang kita sedia maklum kalau diajar matematik dan sains dalam bahasa melayu pun akan ada murid yang gagal tetapi jumlah murid gagal tidaklah seramai murid yang gagal ketika ini terutama diperingkat menengah.
Jadi sekarang ini kementerian pelajaran dalam proses memikirkan pelbagai cara untuk memantapkan bahasa inggeris. Sepatutnya sekarang kita sudah mula membincangkan kaedah2 yang sesuai untuk memantapkan bahasa Inggeris.
Jadi saya cadangkan Kak ctrs untuk membuat satu ruangan cadangan kat blog ni... so kalau ada orang nak bagi cadangan bolehlah kongsi...
Kita anggap dan rasa BI penting pasai Orang Inggeris jajah kita dulu. Kalau Rusia jajah mungkin kita kata bahasa Rusia penting. kepentingan ini sebenornya bergantung kepada banyak faktor termasuk pengguna, persekitaran dan tujuan.
ReplyDeleteKalau boleh saya buat andaian, saya ingin cungkilkan balik kisah sejarah Pasir Salak di Perak dimanan JWW Birch mati dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela.
Kepada British Dato Maharaja Lela adalah seorang pembunuh, penjenayah dan musuh yang perlu diburu dan bunuh dan JWW Birch adalah hero British di Tanah Melayu.
Kepada orang Melayu pulak, Dato' Maharaja Lela seorang hero dan Birch seorang penceroboh yang layak dibunuh.
Kepada usahawan, politikus, diplomat, drebar teksi , pemandu pelancung dan profesional lain misalanya memang BI amat penting.
Kepada penoreh getah, peniaga pasar malam, nelayan dll sewaktu dengannya kita tidak tau sejauhmana pentingnya bahasa Inggeris kepada mereka.
Teladani orang-orang Cina, apapun situasi mereka tetap bangga dengan bahasa dan tulisan Cina.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan ibnusaman aljalawi... kepentingan bahasa inggeris memang bergantung kepada banyak faktor seperti mana yang beliau katakan.
ReplyDeleteSemua orang ingin belajar bahasa inggeris.... tanyalah pada sesiapapun... tapi keterbatasan minda membuatkan mereka jadi begitu.. Sebab itu Allah mengharapkan hambanya sentiasa berusaha dan bertawakal kepadaNya... maksud di sini kita cuba sedaya upaya untuk belajar bahasa Inggeris.. selebihnya tawakal... kalau tak pandai2 jugak nak buat macam mana itu sudah menjadi ketentuannya..
Kalau kita berkebolehan dalam sesuatu perkara kita tidak boleh terlalu berharap untuk orang lain juga berkebolehan seperti kita... tapi semestinya ada minoriti yang akan berkebolehan seperti kita.. Oleh itu kita perlu sentiasa bersyukur sekiranya kita mempunyai kelebihan yang mungkin berbeza dan lebih baik dan sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain...
Terkenang sewaktu di sekolah dulu saya bergaul dengan pelajar kelas yang lebih belakang dari kelas saya yang mana pada ketika itu saya berada di kelas yang ke4 daripada 12 kelas..
Saya sentiasa membantu rakan2 tersebut sehingga kini alhamdullilah walaupun mereka mendapat keputusan yang tidak memuaskan tapi mereka berjaya juga memohon untuk menjadi polis... hanya saya ketika itu berjaya masuk ke maktab hasil bantuan kawan saya yang mana dia sendiri tahu dia tidak layak... tapi dia belikan borang untuk saya... terkilan rasanya
Saya berasa sangat terhutang budi dan saya yakin itu semua ketentuan Allah... jika sekiranya kita bantu orang lain dgn niat yg ikhlas... balasan yang dijanjikan pasti muncul...
Begitu juga minat, setiap orang mempunyai minat yang berbeza dan kita tidak boleh memaksa untuk mereka minat pada apa yang kita minat..
Berkaitan dengan Bahasa Inggeris di sekolah saya berharap semua orang tidak menyalahkan guru di sekolah.. ini kerana seperti yang saya katakan murid mempunyai keterbatasan minda dan berbeza antara satu sama lain... disebabkan mereka berada dalam persekitaran yang pelbagai... mungkin suatu masa dulu kita boleh bertutur bahasa inggeris dengan baik kerana persekitaran kita pada masa itu juga adalah baik... tetapi adalah kita fikirkan rakan-rakan sebaya kita ketika itu... kenapa mereka lebih ramai yang sukar menguasai baha tersebut... jawapannya adalah beberapa faktor lain termasuklah faktor persekitaran den keterbatasan minda seseorang... yang pastinya itu semua kehebatan Allah yang kita harus percaya...
Berusaha pasti berjaya... tapi kalau tidak berjaya juga itu jangan kecewa ianya sudah menjadi kehendakNya... apa yang penting kita berasa puas kerana usaha kita dan sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang berusaha...
Salam ,
ReplyDeleteSebenarnya apabila kita memperkatakan tentang BI fokus kita ialah mempelajari BI untuk mudah berkumunikasi dengan orang yang tak faham bahasa kita. Dalam erti kata lain kalau ayam bercakap dengan itik guna bahasa ayam mungkin itik tak faham, tapi kalau ayam guna bahasa burung mungkin itik boleh faham...agak aku la kut sebab semua tu dari spesis yang sama.
Bicara kita tentang penggunaan BI sepatutnya lebih fokus dan tidak emosi. Kita patut memahami bahawa mempelajari BI bukan bermaksud kita tak percaya kewibawaan bahasa Melayu. Kalau kita lihat dalam perkembangan teknologi maklumat semua bangsa berlumba mempelajari pelbagai bahasa yang boleh memberikan manafaat dan keuntungan. Adakah kita orang melayu hanya perlu fokus kepada Bahasa Melayu atau kita perlu juga mempelajari secara lebih mantap BI yang menjadi bahasa komunikasi dikalangan masyarakat dunia? Tepuk dada tanya selera.
Dengan mansuhnya PPSMI pendidik-pendidik kita terutamanya bijak pandai yang menentang kaedah tersebut, perlulah menampilkan satu kaedah pembelajaran yang lebih praktikal dan berwibawa. Selalunya orang bercakap dan buat komen tentang kelemahan, tapi gagal memberikan alternatif menangani kelemahan yang dikatakan itu.
Kita sepatutnya mencontohi orang cina yang sentiasa mempertahankan bahasa dan budaya mereka, tapi dalam masa yang sama mereka akan mempelajari apa sahaja bahasa yang boleh mendatangkan keuntungan.
Batasan Minda memang ada. Masa saya sekolah dulu bila saya kata saya tak tahu cik gu saya marah. Cik gu kata "awak usaha la sikit, belakang parang yang tumpul tu kalau diasah setiap hari insyaallah tajam jadinya".
Terima kasih.
Terima kasih pada semua yang memberi pendapat. Semua pendapat itu bernas belaka.Ini menunjukkan kita sangat prihatin dengan hal-hal pendidikan semasa. Betul sangat...ini merupakan satu pilihan yang sangat sukar. Ditelan/diluah sama peritnya.
ReplyDeleteNak kulum pun tak terdaya...