selalunya mlm2 saya suka baca blog anak2, kwn2 anak2, blog cikgu2 sekolah saya dan terkini (sejak kenuri kak ja) blog kawan2 lama. (melalui blog ibnusaman) ada antaranya yg saya tak kenal. tima kasih mad saman kerana idea anda telah banyak menyingkap kenangan zaman dok di jithga.
mengenai sekolah kluster...sekolah saya adalah antara 18 sek rendah yang sudah kluster. 9 buah dlm kohot 1 2007 dan 9 lagi kohot 2 2008. sek men banyaklah. dlm perjumpaan kluster saya selalu jumpa kwn kita dari sk ahmad tajudin. ahmad tajudin wakil kedah satu-satunya, sama juga sek saya wakil wpkl satu-satunya.
sejak kluster, saya sudah banyak kali berpeluang untuk ikuti pelbagai program kluster seperti kursus kepimpinan, penyediaan proposal, pembentangan proposal, taklimat, persidangan... mewakili guru besar. tima kasih pada guru besar saya yg memberi kepercayaan pada saya untuk menerajuinya.
kluster adalah kelompok, jadi sekolah kluster adalah suatu jenama untuk sekolah cemerlang dlm kelompok masing2.
keistimewaan yg didapati oleh sek kluster adalah kami mendpt peruntukan yang agak tinggi.. iaitu rm 500 ribu pada thn 2008 dan 250 ribu lagi utk 2009. dengan jumlah wang sebanyak itu, maka kami kenalah bekerja keras dan berhati2 berbelanja. setiap sen akan di odit. wang itu semua adalah utk kemenjadian murid. kami diamanahkan membelanjakan wang itu 3 bidang nich area (kebitaraan) sek saya memilih orkestra, mini teater (BI) dan ping pong. jadi semestinya murid di sek kluster perlu merebut peluang menyertai ke tiga-tiga bidang nich area ini.
sekian dulu... tak sabar nak jumpa kawan2 lama di rumah anak kak ja sabtu ni.. makan derian tunjang.
kak ctrs nampaknya begitu sayang kat sekolah nie.... tapi kena cool siket... takleh tension selalu... biasalah sebagai orang no2 kat sekolah memang banyak juga tekanan... tambahan pula semenjak bergelar sekolah kluster ni... tapi mesti ada cara nak leraikan tekanan tu... apapun kak kena bersabar dan terus berjuang untuk cemerlang dan gemilangkan sekolah setiawangsa...
ReplyDelete