Sunday, August 30, 2009

HARI INI DAH MASUK HARI KE SEMBILAN BERPUASA

Lama juga saya tidak melihat-lihat blog. Maklum puasa. Sibuk memasak. Malam balik tarawih dah tak nampak skrin dah...

Hari ini belum tahu nak masak apa lagi. Semalam saya masak nasi ulam cara orang kedah. Buat sayur keladi sebagai kawan dia. Bakar daging. Tiga tu ja. Tapi persediannya memakan masa. Lepas tu meriah lagi dengan kedatangan anak menakan saya empat beranak untuk berbuka bersama-sama. (amir, wati, alif dan ajwa) Depa bawa maca-macam juadah.

Minggu pertama puasa tahun ni rancaklah memasak kerana Ami dan Arif cuti. Didi memang sentiasa ada, jadi berbuka empat beranak... oops maaf berlima dengan pembantu rumah. Suami saya biasalah sudah bertahun-tahun berbuka puasa di masjid Al Ansar. Nina yang jauh jangan jealous ye... Tidak mengapa tahun depan nina akan dapat berbuka puasa di rumah.

Wednesday, August 19, 2009

BAYU BEACH RESORT, PD

Hujung minggu lepas kami empat beranak...ke PD. Anak sulung saya Didi dapatkan apartment untuk entertain kami. Kami ajak juga anak-anak menakan supaya bertambah meriah percutian kami. Nina (jauh) dan Arif si bongsu saya tak dpt ikut kerana program sekolahnya.

Lama sungguh saya tak mandi laut. Agaknya dah berbelas tahun. Lepaslah gian juga. Apartment dua tingkat tu sungguh selesa. Pemandangan lautnya pun cukup cantik.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah tentang satu cerita pelek tapi benar. Oleh kerana yang booking aprtment itu Didi, maka dia registerlah nombor kereta dia. Nak jadikan cerita kami sampai di Bayu Beach Resort jam 6.30 petang kerana saya singgah makan kenuri kawan saya Dr Nor Maznah Yahya yang mengahwinkan anak keduanya. ( Dorm mate saya masa di Jenan ) Kemudian singgah pula di KMB ambik Ami anak ketiga saya.

Didi naik kereta dengan sepupunya, mereka sampai awal. Oleh kerana satu aparment boleh bawa masuk satu kereta sahaja, mereka parking di luar kerana nak beri laluan pada mama dan abah parking di dalam. Lagipun kereta kami bawa banyak barang...Bila sampai di gate, kami tak dibenarkan masuk oleh pengawalnya...kerana nombor kereta dengan nombor booking bilik tak ngam. Dia kata kalau register kereta A kenalah bawa kereta A, kenapa bawa kereta B. ( nak buat macam mana dah ada beberapa buah kereta... rupanya masalah juga...) Setelah bersoaljawab pengawal tu pun panggil bossnya... ketua sekuritilah kot.

Ingatkan ketua sekuriti tu Melayu bolehlah kami merayu. Sama juga...kereta kami masih tak dibenarkan masuk. Punyalah kami slow talk.. pun tak bagi juga. Dia suruh kami park di luar. Dah tak larat nak menawar kami pun carilah parking di luar BAYU BEACH RESORT yang memang tak berapa nak ada, jenuh jugalah kami mencarinya. Kemudian angkutlah beg2 dan bekalan2 makanan yang banyak tu dengan segala susah payah. Nak malang lagi jauh pula tu main gate dengan apartment yang kami sewa. Bila sampai dekat apartment kami dapati ada ratusan parking lot yang masih kosong. Lagilah menyirap darah kami semua. Apalah salahnya kalau dia benarkan kami bawa masuk kereta... bilik yang jauh ... parking yang kosong. Saya pelek betul dengan sikap dan ego manusia. Kita sama sebangsa seagama. Apa nak kira sangat. Dia kata itu langkah keselamatan. Awat kami ni nampak macam orang jahat ka...

Nasib baiklah percutian kami tu intresting.. jadi kuranglah sikit rasa tensionnya. Jadi lepas ni.. rasanya kalau nak ke BAYU BEACH RESORT kena pikir 10 kali. Dah banyak hotel dan resort yang kita menginap.. masuklah kereta berapa biji pun tak da masalah. Bila kita ada tamu di hotel pun boleh parking dengan mudahnya. Saya rasa inilah promosi hotel mereka yang paling berkesan...kita guest yang bayar mahal pun kena parking di luar dan tentunya keselamatan kereta kita pun....

Friday, August 14, 2009

NAZIR

Hari ini adalah hari yang amat lega untuk saya...

Hampir lima hari saya bergelut dengan persiapan untuk memenuhi keperluan nazir. Tapi hasilnya Alhamdulillah... Depa beri markah 90.7 pada kami ( sekolah saya ). Dengan markah sedemikian kami layak diletakkan dalam kategori gemilang

Tiga hari saya duduk 12 jam di sekolah. Terima kasih tak terhingga pada semua ajk dan dua s/u saya yang sama-sama bekerja keras dengan saya. Usaha kita bersama ...hasilnya kita nikmati bersama juga. Pihak nazir sangat berpuas hati dengan apa yang kami ada. Yang bagusnya mereka terlebih dahulu beritahu kita perkara-perkara yang mereka akan tengok secara detail. Tapi kami yang sudah banyak kali dilawati nazir, berjaya sediakan semuanya, termasuklah beberapa item yang tidak ada dalam senarai. Kerana kadang-kadang ianya berkaitan, dan mereka akan melihatnya.

Hari ni saya balik dari sekolah se awal 1.30 petang. Ingat hati nak habiskan beberapa kerja rutin saya... tapi sampai jam satu suku saya rasa macam tak bermaya. Lalu saya berkemas dan pulang. Baru saya sedar dan bersyukur kerana rasa letih itu datang setelah semuanya selesai. Sebelum itu tiga hari saya duduk di sekolah hampir 12 jam. Tapi masa tu tak rasa letih. Jadi saya pun beradulah sepuasnya petang tadi.

Bila difikir-fikir balik bagusnya lawatan nazir ini. Maksud saya ialah kita berjaya sediakan apa yang mereka minta dari A hingga Z. Semua yang tertangguh sebelum ini berjaya disiapkan, apa yang belum dibuat boleh dilaksanakan, benda yang tak tahu, kita jadi tahu. Yang kurang kita boleh buat penambahbaikkan. Saya juga bersyukur kerana GB saya memberi kepercayaan penuh pada saya. Yang penting sokongan dan moral support yang dia sentiasa berikan pada saya. Dengan sokongan yang begitu membuatkan saya bersemangat untuk bekerja.

Walau bagaimanapun masih ada beberapa perkara yang agak longgar yang telah ditegur dan di terangkan oleh pihak nazir yang perlu segera kami perkemaskan.

Secara keseluruhannya kita semua sepatutnya mengalu-ngalukan kunjungan nazir, kerana mereka banyak membawa kebaikan kepada diri kita dan sekolah kita. Cuma kita kenalah selalu bersedia. Tapi, walau bagaimana bersedia pun kita... bila nazir beritahu nak datang kita pastinya berasa kecut perut... dan mulalah episod kena bekerja lebih keras. Tapi agak nya secara semula jadi saya ni selalu segheyau… cukupkah...? betulkah...? maka saya pun terus berjuang...

Sunday, August 9, 2009

lagi gambar...







GAMBAR REUNION


Mad, Madud, Kakja, Ramli n Siti Rokiah sedang makan sambil bercerita tentang pekan Jitra yang semakin banyak trafik light.


Ini gambar perhimpunan kami...

REUNION KECIL-KECILAN

7 OGOS-Kami berkumpul mulai jam 5 ptg, ( walau pun kak ja sampai jam 5 subuh – dialah penggerak utama kepada majlis kecil ini ) Terima kasih pada kakja n abg ramli juga anak2 menantu, Mad Lazim/Saman, Madud, Yati n 3 heronya, Norida/Chan n suami juga anak mereka. Terima kasih yang paling utama pada suami saya dan 3 anak lelaki saya, Ika pembantu rumah saya juga anak menakan saya 4 beranak. Mereka semua telah menjayakan majlis yang penuh nostalgia itu.

Mad Saman adalah rakan sekelas sejak SKAAT hingga SMJ. Norida/Chan pula di SKAAT dari darjah 1-6. Yati n Kak Ja di SMJ, begitu juga Madud. Untuk rakan-rakan lain yang sepatutnya datang tetapi tidak berkesempatan.. tak apa lain kali kita jumpa lagi. Keseronokan bertemu kawan-kawan lama sukar digambarkan dengan kata-kata. Siapa yang dapat bayangkan jumpa kawan yang terpisah lebih 30 tahun. Dulu sama2 di kampung. Kayuh basikal ke sekolah... berbatu2 jauhnya. Kini bertemu di kota raya. Semua mempunyai kehidupan masing-masing yang dulunya tak terbayang oleh kita.

Kak Ja aturkan majlis ini khusus untuk Yati yang akan berangkat ke LA sebagai MSD beberapa hari lagi. Selamat jalan Yati...kalau ada ruang/peluang kami akan berjalan ke sana. Untuk kita semua selamat berpuasa....