Aku tak tahu mengapa aku di sini. Bodohnya aku. Tak langsung soal. Tak baca aturcara. Dia memang ajak. Tapi mengapa dia ajak. Untuk mendera atau kasihan. Tapi aku rasa tersiksa. Aku tak fikir dia nak dera perasaan aku. Tapi mengapa dia nak sangat bawa aku. Aku lihat dia happy. Akau tak pernah tengok / dengar dia ketawa sekuat itu bila dengan kami. Tadi dia ketawa sungguh-sungguh...Sabtu 6 okt/sg koyan
**********
Sampai masa untuk nina. Restu kami bersamanya. Disunting orang anakku ya. Pilihannya. Itulah jodohnya yang Allah kurniakan. Semoga berbahagia ke hujung nyawa. Aku masih sakit ketika keputusan dibuat untuk nina. Masa agak suntuk … 5 bulan. Aku gagahi juga kudratku demi anak gadisku satu-satunya. Mujurlah dia sendiri banyak idea…dan ideaku dia tak pernah bantah. Beberapa tempat dituju… akhirnya merak kayangan menjadi pilihan. Aku bimbang sangat takut biayanya yang agak… tidak direstui. Tapi dia bayar 100%. Sehgeyau juga aku pada mulanya. Syukur. Persiapan awal aku biaya. Mujurlah belum luak simpananku. Ibarat kata didi...” mama ada duit sebab abah tak pernah kacau duit mama..” Memang seluruh belanja kehidupan darling tanggung sepenuhnya… Cuma kena ikut cara dan bajet dia.. makanya duitku...
Tentang majlis nina hari tu.. keseluruhannya puas hati. Ada sikit-sikit yang mencacatkan tu masih boleh diatasi. Hanya terima kasih pada mereka yang membantu. Tiada upah. Tiada ganjaran. Selain isa n fani. Ja yang membantu sejak khamis mlm. Watiamir dari awal persiapan. Staf cbn2 pulun sungguh di merak. Cantik dengan uniform baiah. Pasukan tarian dan nasyid, dengan ibu bapa mereka juga.. sungguh committed. Cantik sangat persembahan mereka. Pereka tari syed ehzan dengan baju2nya.. Alhamdulillah ramai sungguh yang membantu.. adakah itu balasanya kerana aku juga banyak membantu orang lain.. tapi betulkah aku sebelum ini banyak menolong orang lain. Aku rasa macam sikit ja aku membantu orang lain. Tapi kalau dilihat dari pertolongan yang datang dari segenap sudut… mcm aku pasti sangat akau memang banyak membantu. Macam fani n isa yang menyerah diri untuk bantuan yang amat besar… ibarat kata nina thank you to my mums friend who help more then my blood aunties… masa ijab… kueh mueh yang dibawa mereka .. Subhanallah banyak sungguh… melimpah ruah… Balasan dari Allah.
***********************
Bintulu. Ok juga. Cuma jauh. Tapi kata kawan ku pangkor pun kira jauh sebab kita tak boleh sampai dengan kereta. Tapi bintulu jauh sungguh. Kalau ada sesuatu hal… tak boleh sampai dengan begitu sahaja. Perjalanan dan pemergian ke sana kena dirancang betul2. Awie pun kena fikir 200 kali sebelum letak jawatan…carrier kita adalah hidup kita. Cik nab amat tertekan. Letak jawatan dan cucunya.
*************************
Hari tu ada yang di seberang minta tolong sikit… setelah ditolong, dia minta gambar… saya rasa tak perlu. Kita dah terlalu berusia untuk bertukar gambar. Biarlah yang dulu-dulu tu berlalu begitu sahaja. Hari ini tiba-tiba yang di hujung sana .. sampaikan pesanan… miss you so much… usahlah di semak kembali kisah lalu. Tumpukan perhatian dengan apa yang kita ada kini. Kita pun bukan muda lagi untuk melakonkan episode lama.
**********************
Dalam susah-susah aku menguruskannya… aku sayang padanya. Banyak yang perlu aku sentuh/buat/laksana/ubahkan/bentuk… dan apa-apa lah yang sesuai dengan tugasku. Sukarnya menjadikannya yang terbaik. Masa di s dulu aku dan team selalu mencipta kejayaan. Sini saingan dan gangguan yg di sebelah dinding amat melukakan hati ku. Sesuatu yang didepan mata tapi tak tercapai tangan untuk di senggarakan.
***********************
Setahun sudah berlalu. Saat jerih payah itu. Kenang kembali .. ”Berjaya aku melaluinya ya..”Anak-anak benar2 memberi aku nyawa. Ika sabar menjaga. Tak pernah terduga sehebat itu dugaan yang aku terima. Kemuncak segala penyakit. Ibarat mati hidup semula. Dapat nyawa baru. Allah maha kaya. Setiap penyakit Dia adakan jalan penyembuhnya.
No comments:
Post a Comment