Wednesday, March 27, 2013

berbulan lamanya



Berbaloikah… selesai nazir baiah, KPM pula call suruh siapkan presentation untuk SBT. Bila aku kata kami belum layak.. mereka macam nak marah, kononnya aku negative. Tapi aku lebih tahu apa yang kami ada dan apa yang kami termampu.  Kononnya aku diletakkan di kerusi ini, di sekolah ini dengan wawasan tertentu.  Dulu masa di sks aku dah rasa semua jerih payahnya… memanglah berbangga berada di sks yang kluster/sbt … tapi kerjanya… berganda-ganda dari kawan-kawan di sekolah lain. Adakah sejarah di sks akan berulang… mahu tak mahu kena hadapi. Kata KPM akan dicalonkan hingga dapat kerana haulnya 2015… tudia… jenuh! Tapi nazir kluster julai lalu pulang tanpa berita hingga kini…

Selasa 29 januari



Alhamdulillah dpt sms dari sifu.. ‘kita terpilih baiah… cbn2 n sks ‘ .. berita baik yang  2 bulan ditunggu-tunggu. Terima kasih Ya Allah…  inilah kurniaanMu yg sangat bernilai buat kami. Segala jerih payah n keluhanku menguruskannya terbalas. Bukan bekerja hanya untuk anugerah… namun jika diberi, itu satu pembakar semangat, penghargaan atau  …..  tahun lepas aku hanya ambil satu pertiga dari anugerah itu…selebihnya kupulangkan pada sekolah… kerana aku tahu kejayaan itu bukan hasil usaha aku seorang… malahan cikgu-cikgu dan kerani ( terutama kewangan) turut sama berhempas pulas. Tahun ini pun aku nak berikan juga pada mereka cuma jumlah dan caranya mungkin berbeza. Dikatakan bahawa  sekolah yg mendapt baiah  tiga tahun berturut-turut akan dapat lagi satu anugerah khas/special… tapi aku tak tahu aku boleh mendapatkannya atau tidak kerana tahun pertama dulu dimiliki oleh gb lama yg dah bersara. Aku Cuma dapat dua tahun terkemudian. Terpulanglah bagaimana.. itu semua rezeki Allah… kalau ada Alhamdulillah… kalau tak ada pun aku redha…

Isnin 11 mac



Minggu ini cuti /mc lagi 2 hari… minggu lepas pun dua hari. Bulan mac ini sudah empat hari mc. Rekod yg belum pernah ku buat. Tapi demikianlah sakitnya yg tak tertanggung.  Slip disk. Atau lebih tepat kecederaan pada spine yg membawa ke kaki kiri. Ke klinik sudah, gh sudah… akhirnya ke ampang puteri. Tapi bila sakit tak sayang duit lagi dah. Gh terbaik.. tapi dia bagi appointment lagi 10 hari.. itu pun paling cepat katanya. Maka ke AP lah. Untuk seketika sahaja, ubat untuk menahan sakit di seluruh kaki kiri shj. Doctor itu mengaku dia tak cukup kepakaran untuk spine / ruas tulang belakang.. dicadangkannya dok lain yang hanya ada sekali seminggu.  Hari ini dlm sakit aku gagahi juga menjengah murid cbn2 di sks untuk memulakan pasukan sofbol.. dekat je tak pa kot. Jadi sedang berfikir nak teruskan ke gh 21 mac atau ke AP saja untuk seterusnya. My hubby kata elok ke gh saja. Gimana ya… 

Rabu 13 mac.



Rasanya macam sudah hampir give up… mcam-macam penyakit sudah dilalui… ingatkan setelah terselamat dengan jantung yang tiba-tiba perlu dibedah,  boleh hidup aman… rupanya ada lagi penyakit yang perlu dihadapi.. slip disk .. bukan tergelincir cakera…tapi  spine yang sudah menipis .. amat sakit dan tidak selesa…  Allah sayangkan aku.. kerana itu Dia mahu aku rasa pelbagai jenis sakit dan terus berusaha berubat… wahai siti rokiah jangan berputus asa… setiap penyakit ada ubatnya… dulu mula-mula rasa darah tinggi.. selalunya bacaan bawah yang tinggi… kononnya lebih bahaya… dikatakan berpunca dari stress..  2002 mula sakit pinggang yang teruk sehingga tak boleh bangun.. rupanya bukan pinggang tapi muscle yang dikatakan pecah.. rupanya ia membawa kepada spine yg kini kuderitai… apa lagi.. oh gastric, pernah mengalami sakit di dalam dada yang amat sangat… rupanya luka-luka ditenggorak .. fibroid, sis, tegang tapak tangan, pergelangan tangan ( sudah dua-dua belah di suntik steroid) kencing manis  pula ditemui semasa hendak buat bypass( tiga serangkai) Tapi bila melihat orang lain di hospital, kita akan lebih insaf kerana ramai yang lebih teruk penyakitnya…

Khamis 14 mac

No comments:

Post a Comment