Sunday, October 24, 2010

CITRA TIGA JELITAWAN


Citra Tiga Jelitawan
by Syed Mahadzir Syed Ibrahim on Sunday, October 17, 2010 at 8:05am

Citra Tiga Jelitawan

(Buat tiga jelitawan SMSAH – Kak Kiah, Kak Jah dan Kak Maliah yang sering dijuluki panggilan GG oleh Prof Kaswandi)





i

Tiga jelitawan SMSAH ini,

laksana sebungkah kristal biru,

hening dan jernih bercahaya di mercu,

sinarnya memantul bertembang syahdu,

berlepa hukum yang terpatri,

kalau tercampak ke batu,

serpihannya yang runcing umpama sembilu,

tajam menyiat dan menghiris kalbu.



ii

Tiga jelitawan SMSAH ini,

laksana ratna yang bersinar dan berkilau,

cahayanya yang terpancar cukup kemilau,

harganya selembar pulau,

berwajah indah dan memukau,

kudrat terbatas tidak terjangkau,

sekadar meluputkan hasrat yang terpantau.



iii

Tiga jelitawan SMSAH ini,

laksana seungkap rantaian mutiara,

jata tenang, harmoni dan bahagia,

namun dialah penjerut dan pendera,

berlengkar menunggu mangsa,

membelit segala impian dan kata-kata.



iv

Tiga jelitawan SMSAH ini,

adalah seorang isteri dan ibu,

yang teguh berdiri dengan setia melulu,

di kaki seorang lelaki yang keras membatu,

berkawan seribu berkasih satu.





SMAHADZIR

Taman Damai, Banting

2010

3 comments:

  1. Salam Mak lang,

    Menangis Mat kalau baca ungkapan SMAHADZIR nih.. tapi saya paling tertarik 'berkawan seribu berkasih satu'.

    Percaya lah kepada isteri " dia pilih kita sebagai suami kerana kasihnya tertumpah kat kita". Dah tau macam tu jangan la lelaki2 nak cemburu buta tak tah wan hala.

    Tq

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tak sangka adik syed melihat kami begitu, tapi ungkapan jelitawan tu malu rasanya...kita ni tak la jelita..

    Terima kasih syed..beliau adalah seorang yang serba boleh masa di Jenan...

    Mie..kenapa Mat nak nangis..? tetap setia pada yang satu.. cemburu sikit tak apa Mie..tanda sayang tu..

    ReplyDelete