Tuesday, February 22, 2011

SEKIAN LAMA...part 1

sekian lama tidak melayarinya. banyak sekali penghijrahan berlaku dalam beberapa hari, minggu dan bulan terdekat ini.

paling dahsyat dugaan menimpa bila nina ditempatkan di kelantan...why kelantan? of all the places. mama tertekan teruk sangat sampai demam...tak terdaya nak ke sekolah. berusaha juga supaya ia tidak berlaku. tapi taqdir Allah mengatasi segalanya. mungkin ada hikmahnya, hanya Allah yang maha mengetahui. terpaksa redha, walaupun redha dalam paksa...bila melihat penderitaan yus, aku rasa sedikit lega. yus dugaannya hingga ke puncak...

nina...ketika hadirnya di rumah amat meringankan. ( walau terkadang mengguris hati, tetapi persennya amat sedikit berbanding yang tiga lagi..) semua dia boleh uruskan..adik2, abah, hatta kerja berat mama. semoga dia berbahagia di sana. sesungguhnya anakku, bahagia itu boleh kita sendiri ciptakan...aku tahu dia anak yg tabah, berani menghadapi cabaran, sanggup berhadapan apa saja.

kepergianmu amat ku rasai. lain suasana rumah ini tanpamu. semasa nak ke auckland dulu tak setitikpun air mataku gugur...tapi ke kelantan...jiwaku runtuh

2 comments:

  1. ish ish awat mak lang terok sangat dok kelantan la syok mak lang aaai .depa ramah tamah apa baik tak sangga buah kayu bagi sampai penoh bot kereta.depa layan baguih songgoh.

    ReplyDelete
  2. depa memang baguih...but as a mother, apa yg lebih baik jika anak sentiasa di samping. Di sekitar kediamanku masih banyak kekosongan guru BI

    ReplyDelete