Semasa saya bersedih…
tetiba teringat kata-kata seorang kawan
dia katakan
jika kita bersedih
dengan apa yang orang lain buat pada kita
maka kita sebenarnya telah dikuasainya.
Maka jangan biarkan kita bersedih
atas sebab orang lain
kerana kita adalah kita...
dan tiada siapa yang berhak buat kita
sedih dan menguasai kita...
(mungkin betul apa dia cakap)
setuju sangat...
lega sikit hati saya bila membacanya kerana pagi tadi
saya rabak menangis kerana terlalu sedih dengan perbuatan
mereka...kerana saya tiada terdaya menghalangnya…
jika ada daya
pasti ada upaya
resah parah
diperalatkankah…?
Siksa di hati
Saksi segala
hanya air mata
protes dalam kesalan
bila berakhir…?
tersekat antara rela
bukankah aku ada rasa
sabar…semua bersuara
itu sahajakah…
Hidup bukan untuk ditangisi. Selagi ada hayat,
pasti ada kudrat dan perlu tekad untuk kecapi bahagia tersendiri.
Yang penting; percayai diri ikhtiarkan jalan keluar dan
kemudian percayai Ilahi yang Maha Mengetahui segala rahsia
tersembunyi.
No comments:
Post a Comment