Wednesday, October 17, 2012

setahun sudah berlalu. di malam ini didi yg menemani sehingga aku tidur. amat sukar melelapkan mata. didi masukkan surah yasin dlm bb.. aku mendengar dan menghayatinya sehingga tertidur. kerana esok adalah harinya. sepanjang hari ahad... semakin menuju ke petang semakin takut rasanya... seperti menanti kematian yang akan menjelang esok. berdebar, resah, gelisah, takut... hanya Allah yang tahu... keesokannya hanya didi yang menemani hingga pintu OT ditutup...mana abah..? bila pintu tertutup aku juga seperti ditutup... bila sedar samar2 terasa didi dan abah di sisi... sudah petang ya... dan tidur lagi hingga pagi selasa... bila samar2 pagi abah mengusap dahi... kemudian dia hilang...terima kasih Ya Allah kerana kurniakan anak2 yang sangat mengambil berat menjagaku semasa saat kritikal...seterusnya dari icu ke wad.. aku lalui dengan jayanya saat2 getir itu... Ya Allah syukur ku pada Mu kerana memberi aku peluang kedua ini...sabarnya nina merawatku... ayeh n ika.. ami jauh tak perlu diberitahu ketika ini.. biar reda dulu, begitu juga emak... setahun sudah... pedihnya masih terasa kadang2...

Sunday, October 14, 2012

perjalanan....

Aku tak tahu mengapa aku di sini. Bodohnya aku. Tak langsung soal. Tak baca aturcara. Dia memang ajak. Tapi mengapa dia ajak. Untuk mendera atau kasihan. Tapi aku rasa tersiksa. Aku tak fikir dia nak dera perasaan aku. Tapi mengapa dia nak sangat bawa aku. Aku lihat dia happy. Akau tak pernah tengok / dengar dia ketawa sekuat itu bila dengan kami. Tadi dia ketawa sungguh-sungguh...Sabtu 6 okt/sg koyan

                                                                   ********** 

Sampai masa untuk nina. Restu kami bersamanya. Disunting orang anakku ya. Pilihannya. Itulah jodohnya yang Allah kurniakan. Semoga berbahagia ke hujung nyawa. Aku masih sakit ketika keputusan dibuat untuk nina. Masa agak suntuk … 5 bulan. Aku gagahi juga kudratku demi anak gadisku satu-satunya. Mujurlah dia sendiri banyak idea…dan ideaku dia tak pernah bantah. Beberapa tempat dituju… akhirnya merak kayangan menjadi pilihan. Aku bimbang sangat takut biayanya yang agak… tidak direstui. Tapi dia bayar 100%. Sehgeyau juga aku pada mulanya. Syukur. Persiapan awal aku biaya. Mujurlah belum luak simpananku. Ibarat kata didi...” mama ada duit sebab abah tak pernah kacau duit mama..” Memang seluruh belanja kehidupan darling tanggung sepenuhnya… Cuma kena ikut cara dan bajet dia.. makanya duitku... Tentang majlis nina hari tu.. keseluruhannya puas hati. Ada sikit-sikit yang mencacatkan tu masih boleh diatasi. Hanya terima kasih pada mereka yang membantu. Tiada upah. Tiada ganjaran. Selain isa n fani. Ja yang membantu sejak khamis mlm. Watiamir dari awal persiapan. Staf cbn2 pulun sungguh di merak. Cantik dengan uniform baiah. Pasukan tarian dan nasyid, dengan ibu bapa mereka juga.. sungguh committed. Cantik sangat persembahan mereka. Pereka tari syed ehzan dengan baju2nya.. Alhamdulillah ramai sungguh yang membantu.. adakah itu balasanya kerana aku juga banyak membantu orang lain.. tapi betulkah aku sebelum ini banyak menolong orang lain. Aku rasa macam sikit ja aku membantu orang lain. Tapi kalau dilihat dari pertolongan yang datang dari segenap sudut… mcm aku pasti sangat akau memang banyak membantu. Macam fani n isa yang menyerah diri untuk bantuan yang amat besar… ibarat kata nina thank you to my mums friend who help more then my blood aunties… masa ijab… kueh mueh yang dibawa mereka .. Subhanallah banyak sungguh… melimpah ruah… Balasan dari Allah. 

                                                            ***********************

 Bintulu. Ok juga. Cuma jauh. Tapi kata kawan ku pangkor pun kira jauh sebab kita tak boleh sampai dengan kereta. Tapi bintulu jauh sungguh. Kalau ada sesuatu hal… tak boleh sampai dengan begitu sahaja. Perjalanan dan pemergian ke sana kena dirancang betul2. Awie pun kena fikir 200 kali sebelum letak jawatan…carrier kita adalah hidup kita. Cik nab amat tertekan. Letak jawatan dan cucunya.

                                                          *************************

 Hari tu ada yang di seberang minta tolong sikit… setelah ditolong, dia minta gambar… saya rasa tak perlu. Kita dah terlalu berusia untuk bertukar gambar. Biarlah yang dulu-dulu tu berlalu begitu sahaja. Hari ini tiba-tiba yang di hujung sana .. sampaikan pesanan… miss you so much… usahlah di semak kembali kisah lalu. Tumpukan perhatian dengan apa yang kita ada kini. Kita pun bukan muda lagi untuk melakonkan episode lama.

                                                              ********************** 

Dalam susah-susah aku menguruskannya… aku sayang padanya. Banyak yang perlu aku sentuh/buat/laksana/ubahkan/bentuk… dan apa-apa lah yang sesuai dengan tugasku. Sukarnya menjadikannya yang terbaik. Masa di s dulu aku dan team selalu mencipta kejayaan. Sini saingan dan gangguan yg di sebelah dinding amat melukakan hati ku. Sesuatu yang didepan mata tapi tak tercapai tangan untuk di senggarakan.

                                                              *********************** 

Setahun sudah berlalu. Saat jerih payah itu. Kenang kembali .. ”Berjaya aku melaluinya ya..”Anak-anak benar2 memberi aku nyawa. Ika sabar menjaga. Tak pernah terduga sehebat itu dugaan yang aku terima. Kemuncak segala penyakit. Ibarat mati hidup semula. Dapat nyawa baru. Allah maha kaya. Setiap penyakit Dia adakan jalan penyembuhnya.

Monday, September 17, 2012

cantik

gambar awak cantik

Tuesday, February 7, 2012

Baru dua hari bertugas...cuti semula empat hari. Pagi tadi aku ke Pantai Turf.. stadium hoki, saja nak melihat-lihat murid2... kagum dengan kegigihan guru2 n parent melatih pasukan hoki cbn2... walaupun hari ini orang lain enak2 bercuti...dan aku mula drive sebegitu jauh.. semalam kat keramat ja.. hari ini semakin jauh.. agak sakit dada, terutama bila pulaih stereng... tapi doktor kata kena lawan.. (susah mengharapkan org utk hangkut kita ke sana ke mari...)

Esok akan ke JPWP.. Bicara Profesinalisme Pengarah dan GB... 4.00 petang ada mesyuarat PIBG di sekolah.. sehari suntuk... tahankan badan yg tak sepenuhnya sihat ini..

Tadi banyak idea nak catat di sini... dengan beberapa call, ada hal2 berbangkit, terbantut segala idea.

Wednesday, February 1, 2012

ESOK....

Hari ini hari terakhir aku menghabiskan cuti... esok mula bekerja semula. 1001 perasaan berbaur, mampukan aku lagi... tapi aku rasa aku betul2 tidak berfikir tentang kerjaku hanya sebulan yang pertama.. bulan kedua dan ketiga, aku banyak melakukankan urusan sekolah dari rumah... mengadap komputer.. skpm, jadual, buku pengurusan, carta organisasi... dan ...
Aku hadir mengendalikan mesyuarat pertama. Aku ke sekolah sekurang2nya seminggu sekali untuk menyelesaikan pelbagai perkara... aku tidak boleh padam terus urusan kerjaku (sekolah) dari benakku... sentiasa memikirkannya.. hatta di dalam mimpi. Ingin sekali untuk tidak memikirkannya... tapi gagal... ia tetap datang umpama perlunya aku makan...
Hingga hari ini belum pun sembuh sepenuhnya... masih terasa sakit dibahagia dada.. kesan pembedahan, tapi kata doktor itu normal... paling cepat sakit itu akan hilang sepenuhnya mengambil masa 6 bulan... atau hingga setahun...
Aku berjaya mengharunginya... saat2 sakit sebelum pembedahan (yg aku sendiri tidak pernah tahu itu adalah jantung...dengkelnya pengetahuanku...) sehinggalah pada 13 oktober doktor mengesahkannya... diikuti.. dengan jelas nyata ada 3 blok dlm jantung melalui proses andiogram pada pagi jumaat 14 oktober... dan 17 oktober aku bertarung dengan maut...Alhamdulillah selamat... Allah masih memberi aku peluang berada di dunia ini...
Bagai mimpi dalam mimpi ... atau... betulkah, akukah ... bila doktor menyatakan isnin ini kita buat bypass...Ya Allah seteruk itukah kesannya sakit dada yang aku tanggung dalam dua minggu itu...
Kini segalanya berlalu... terima kasih anak2ku atas segala yg kamu lakukan untuk mama. Sesungguhnya didi, nina n ayeh juga ika...( juga doa dari ami yang jauh )telah mempercepatkan pemulihan mama... mereka menjagaku dengan baik... mereka telah lakukan segala-galanya untuk menjaga aku secara zahiriah mahupun perasaan hatiku. Sesungguhnya kekuatanku terletak pada anak2 .. proses recovering bergantung sepenuhnya atas penjagaan dan rawatan mereka...
3 bulan bukan satu tempoh yang singkat... aku laluinya dengan jerih payah.. dalam kesakitan dan kesukaran... aku redha dengan dugaanMU Ya Allah...

Wednesday, January 18, 2012

Tidak Terucap

Terlalu banyak untuk dinyatakan di sini, tapi tak terucap... belum mampu atau terus tidak akan mampu lagi... Masa terlalu cepat berlalu.. hari ini genap 3 bulan... Enak juga duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa... sambil menikmati kepayahan proses recovering... Ya Allah sesungguhnya aku redha dengan dugaanMu ini...