Sunday, March 7, 2010
KEM PLKN PUTERA PUTERI
Nina dulu ke Sandakan Sabah...2005...itu program tahun pertama. Masa keluar nama dia melalui internet, dia bukan main suka lagi sambil berkata.." minta2 lah dapat Sabah atau Sarawak.." Terbeliak mata saya mendengarnya...masin sungguh mulut dia... lepas saja SPM dia dapat surat...ke Sandakan. Merasalah juga saya pergi melawat dia di Sandakan selepas sebulan dia di sana. Dan itulah kali pertama saya ke Sabah...Kalau nina tak ke sana mungkin hingga kini pun saya tak merasa memijak bumi di bawah bayu itu...Agaknya bukan nak melawat anak tu sangat...saja la nak merasa pergi ke Sabah...berjaya juga saya memujuk suami... kami pergi berdua saja ke sana...kebetulan masa tu raya haji...kami beraya di Sandakan. Anak2 lain raya dengan tok...ibu saya yang sangat berbudi itu...Di Sandakan kami dijemput oleh Hjh Kamsiah, rakan se BERNAS suami saya...dia bawa kami ke rumahnya...dia tak benarkan kami tidur di hotel...bersusah payah dia melayan kami...tak terbalas rasanya budi Hjh Kamsiah suami isteri...dan dia juga sering pergi melawat nina di kem...bawa macam2 makanan. Selepas balik dari Sabah saya tanya nina... "bagaimana...seronok tak joint PLKN" ...dia jawab..."eee seronok sangat...kenapa 3 bulan...kalau 6 bulan pun ok..."
Mungkin saya ni penyokong kerajaan...maka saya selalu positif dengan program kerajaan...jadi sesiapa yang dapat ke PLKN jangan lah menolak...banyak faedahnya...
Contoh yang terkini ialah program Permata Pintar Negara...ramai yang mengata2 macam2...sehingga ada juga rakan di sekolah lain yang tak respond dengan program itu...tapi saya pulun suruh anak murid saya ambil bahagian...Alhamdulillah tahun lepas seorang anak murid saya berjaya...terpilih ke program peringkat kebangsaan... Tahun ini baru saja sampai arahan ke sekolah...InsyaAllah hari Isnin ini saya akan terangkan pada murid-murid supaya mereka ambil bahagian...bukan susah sangat pun...cuma jawab soalan melalui internet...yang betul2 pintar akan berjaya dan terpilih...harap2 tahun ini lebih dari seorang murid saya yang akan terpilih hingga ke peringkat Kebangsaan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Mak Lang,
ReplyDeleteSaya pun berpendapat macam tu jugak, malangnya empat orang anak saya, seorang pun tak dipilih untuk latihan PLKN. Harap2 2 orang anak saya lagi yang masih di Sekolah rendah akan dipilih pulak la lepas ni.
Tq
anak polis dengan anak askar tak gaduh kut Mie, pasai pak depa buleh latih sendiri. jadi peluang tu bagi kat anak cikgu, anak penjual buah, anak petani dll.
ReplyDeleteAnak aku sorang pun tak dapat .anak polis pak dia boleh train sendiri bagi senapang ka pistol ka bagi depa tembak,kawat lagi senang .hero aku nak tau result SPM 2hari lagi.dia seronok pulak tak dapat pi.boleh relaks di ghumah syok la dia ni
ReplyDeletebukan setakat pengalaman tembak menembak saja yang mereka perolehi di sana...awat dok pikiag hai tembak ngan kawat saja...yang lebih penting menghadapi cabaran masa depan dan persediaan menjadi dewasa...
ReplyDeleteSelalunya dalam soalan karangan akan terselit satu soalan "Bincangkan Faedah ........" atau "Bahaskan kebaikan dan keburukan.....". Maka jenoh la (Pakar Bahasa jangan marah na)pikiaq kebaikan dan keburukan bagi perkara yang diminta. Kebaikan PLKN sekian2. Keburokan PLKN sekian2. Kebaikan PERMATA sekian2. Keburokan PERMATA sekian2. Ingin saya bertanya, mana lebih baik atau lebih berfaedah relaks di rumah atau menghabiskan masa di PLKN untuk 3 bulan. Dok di rumah mengulit ASTRO. Kalau tengok rancangan memberi ilmu takpa jugak. Tengok Raja Lawak. Bila program tu diulang, tengok lagi dan lagi. Kadang2 kita lupa yang satu kebaikan itulah yang akan mengubah hidup kita dan anak2 kita. Toksah kita menolak apa2 kebaikan hanya kita marah orang yang mencetus sesuatu idea. Yang baik kita ngap. Sesetengah menolak PERMATA kerana tidak gemar dengan pencetus idea tu! Bekas murid saya "PENGUSAHA TADIKA". Saya selalu berkata kepada beliau. Pi endap PERMATA. Buat hemoi. Bila depa buat program, saja buat2 sesat. Masuk dok di belakang. Dengaq. Ringan2kan tangan tulis ke PERMATA. Satu hari beliau saja2 tulis "Mohon Bantuan". Lani TADIKA dia dah ada 1 KOLAM MAIN AIR (Layak dinamakan KOLAM RENANG pun), 1 KOLAM MAIN PASIR (boleh buat Main ISTANA PASIR) dan satu pondok untuk MAIN PONDOK2. Seniri nak buat jenuh korek duit la. Haruih tak dak sampai bila2. Dengan 3 perkara tu, menguatkan lagi semangat beliau bertongkoih lomoih beli bangunan TADIKA tu dari pihak yang membangunkannya. RM2juta. Akan menjadi kenyataan dalam waktu yang terdekat.
ReplyDeletebernas olahan pendapat na o me...terima kasih. siapalah gerangan na o me ni ye...kalau kenai seronoknya...
ReplyDeletesebenarnya terpulang pada individu itu sendiri menilai tentang baik buruk sesuatu itu. misalnya kalau kawan kita buat tak baik pun kena saja di mata kita...tapi kalau musuh kita buat baik pun kita nampak huduh...dari itu minda kena sentiasa terbuka...selalu berperasangka baik...jangan mudah menuding jari...
dah dapat bantuan sampai tegha tu...tentu pemilik tadika tu amat berterima kasih kan...setiap anak permata negara...
bukan amat berterima kasih saja, terima kasih daun keladi... tak lama lagi insyaAllah mai yg lain pulak. Tak buleh habaq lebih2. Pasai belum jadi kenyataan. 3 benda yg disebut tu dah jadi kenyataan. Kolam2 dan pondok2 yg dah ada kena la dimanpaatkan. Kena tunjuk bukti dimanpaatkan. Buat dokumentasi berkala. Boh gambaq2. Hantaq ke PERMATA. Mudah la orang nak bagi benda lain pulak. Banyak sikit soai kedua. Kalau banyak bedak2 la kat cawangan. Cawangan Jitra ka. Cawangan Sungai Petani ka. Cawangan Sepang ka. Kat 2 Cawangan di Wilayah ni ka.
ReplyDeleteNa O mae mcm CTRS jugak. Hidup mati adalaah cikgu. Menjadi cikgu yg diingati, dikenang, disanjung sesuatu yang indah yg sukar digambaq dan dihabaq dgn kata2.