Sunday, June 27, 2010

KEMBALI SEPI

Masa datang dan pergi, demikian juga anak-anak. Semalam hantar arif ke kampus uitm puncak perdana. Mulanya dia dapat akaun arau...tapi kemudian berjaya pula ke program fastrack juga akaun. Saat perjuangan arif pun akan bermula. Semoga dia berjaya mengharungi segalanya.

Kami sekeluarga menghantar arif kecuali didi.. ( mungkin padanya meraikan kebahagiaan bersama kawan2 lebih penting ) ami balik dari banting, nina memang masih cuti.

Hari ni ami balik ke banting...tahun 2 ami mula pada 14 jun, tahun ni sangat mencabar buat ami. Nina kan menghadapi latihan mengajarnya minggu depan.

Mama tetap tinggal sendirian di rumah...menghitung malam2 yang sepi tanpa menanti kepulangan abah yang sentiasa bertugas jauh... mujur ada ika yang setia.

4 comments:

  1. mak lang..itu lah kehidupan namanya. kitaran hidupnya serupa. yang berbeza hanya agenda. bermula dengan seorang menjadi dua..tiga,empat,lima enam ...kemudian selepas waktu puncak ia akan kembali surut..tinggai lima, empat , tiga dua satu..kemudian yang satu pun akan hilang..saat itu pasti akan dilalui oleh kita semua..begitu cantiknya Allah aturkan sistem hidup hamba-hambaNya..

    ReplyDelete
  2. mad buat maklang bertambah sedih... dah nasib maklang... mad tu lah mujug sibuk dengan kerja, kalau tak....

    ReplyDelete
  3. Salam Mak Lang,

    Sedih juga ya bila terpaksa tinggal seorang. Bila Mat sebut pasai kitaran kehidupan yang direncana Allah swt saya teringat kat Mak dikampung. Alhamdulillah dalam bulan jun ni dua kali saya berkesempatan menjenguk dan melepas rindu dengan mak saya.

    Mak saya kini juga tinggal seorang kat kg ditemani anak saudara saya. Kalau boleh memang tak nak berpisah dengan mak tapi....
    tak terucap dah air mata nak menitis.
    Tq.

    ReplyDelete
  4. salam mak lang..."kehidupan"...begini dan begitulah rupanya.biar bagaimana dan macamana
    caturanya...biarpun keinginan kita semahunya,namun yang pasti kita sebagai makhluknya hanya bisa merencana...ketetapanNya jua yg pasti terlaksana!Pasrah,redha dan taqwa mengiringi "kehidupan" bisa menitip kemanisan dlm perjalanan kedestinasi abadi...iaitu mati.

    ReplyDelete