Wednesday, December 30, 2009

PESANAN DARI SEORANG TEMAN...

TERTAWA
Sekali tertawa pusing kepala hilang.
Dua kali tertawa bencipun sirna..
Tiga kali tertawa persoalan lari.
Empat kali tertawa penyakit sembuh.
Lima kali tertawa jadi awet muda.
Enam kali tertawa hati penuh sukacita.

SENYUM
Sekali senyum curiga hilang.
Dua kali senyum jadi sahabat.
Tiga kali senyum hati penuh damai.
Empat kali senyum beban jadi ringan.
Lima kali senyum rezeki datang.
Enam kali senyum keluarga rukun.

HATI
Hati yang gembira adalah obat yang manjur.
Hati yang keras menemui jalan buntu.
Hati yang lembut mendatangkan sahabat.
Hati yang haloba menciptakan perangkap.
Hati yang bersih menjauhkan masalah.
Hati yang licik mendatangkan musuh.

MARAH
Sekali marah Sukacita hilang.
Dua kali marah Akal sehat terbang.
Tiga kali marah Tekanan darah naik.
Empat kali marah teman-teman pergi.
Lima kali marah Jadi cepat tua.
Enam kali marah Pintu dosa terbuka.

BANYAK Dalam hidup ini...
Berdoalah yang banyak,agar hati tenang.
Taburlah yang banyak,agar menuai banyak.
Bertanyalah yang banyak,agar ilmu bertambah.
Bacalah yang banyak,agar jadi lebih bijak.
Lihatlah yang banyak,agar tambah pengalaman.
Dengarlah yang banyak,agar penuh pertimbangan.
Jalan-jalanlah yang banyak,agar tidak kuper.
Kerjalah yang banyak,agar tidak kekurangan.Dan...
banyaklah humor,agar sehat dan awet muda.

SEDIKIT
Dalam hidup ini...Kerja hati-hatilah sedikit,agar luput dari celaka.
Selesai kerja santailah sedikit,agar kekuatan pulih kembali.
Sampai rumah happy-lah sedikit,agar keluarga senang.
Ada persoalan tenanglah yang sedikit,agar tidak salah langkah.
Dalam pergaulan senyumlah sedikit,agar banyak kawan.
Kalau makan pantanglah sedikit,agar tidak kena stroke.
Sama lingkungan perdulilah sedikit,agar dapat jadi berkat.
Kalau bertindak berimanlah sedikit,agar diberkati Tuhan..
Dan...jadi orang cincai-lah sedikit,agar tidak stress.

KURANGI & PERBANYAK
Dalam hidup ini...
Kurangi ucapan yang mendendam, perbanyak ucapan yang mengasihi.
Kurangi kata-kata yang mengejek, perbanyak kata-kata yang menghargai.
Kurangi kata-kata yang melemahkan, perbanyak kata-kata yang mendorong.
Kurangi perkataan yang menolak, perbanyak perkataan yang memperhatikan.
Kurangi kata-kata kritik, perbanyak kata-kata yang membangun.
Kurangi kata-kata yang sia-sia, perbanyak kata-kata yang mendatangkan inspirasi.
Kurangi kata-kata yang kasar, perbanyak kata-kata yang lemah lembut.

Sunday, December 27, 2009

REUNION SMJ 1971 - 1976

semua bekas penuntut tingkatan 3A smj 1973
gambar penutup...yang datang awal dah balik dulu...ada yang datang lewat...jadi begambar lagi sekali lah

cikgu fatimah daud...dulu dia ajar kami bm dan sejarah


zul din, sabihah, basyarah, azizah, siti mariam, osma...



mazlee




fatimah zaharin / en
roaini dan mariam

norliza hashim / not...dulu kami berdua sma-sama kecik...selalu kena beratur kat depan dan duduk dlm kelas pun barisan depan



dengan family








gambar permulaan...









Untuk ke sekian kalinya kami bertemu lagi hari ini....26.12.2009 12 tengah hari - 5 petang

Monday, December 21, 2009

KAK JA, MAKLANG, MAD & AZMI






























17 disember 2009 saya sekeluarga dengan 14 anggota ( kakak saya datang dari lubuk kawah dengan anak cucunya) berkonvoi ke bagan lalang. Awal-awal lagi mad lazim telah tempah chalet untuk kami.

Tarikh 17 disember agak menakutkan untuk saya sekeluarga sebenarnya...imbas kembali setahun lalu pada hari yang sama ...saya, nina, ami & arif melawat gua waitomo di nz. Dalam ketakjuban melihat keunikan gua waitomo hati macam kurang sedap. Tapi perjalanan diteruskan. Macam2 yang kami empat beranak lawati sekitar waitomo dan hamilton...di kl rupanya anak sulung saya telah ditimpa kemalangan yang dahsyat. Bermotosikal ke tempat kerja...hit & run...atas fly over berdekatan istana budaya. Entah siapa yg panggil ambulan dan membantunya hanya Allah yang tahu...terima kasih pada mereka itu yang telah menyelamatkan nyawa anakku...kehilangan adalah perkara biasa dlm kemalangan di malaysia. Tapi pencuri itu berhati perut juga...bila staff DD call hpnya...sipencuri jawab... dia kemalangan...dan hp terus ditutup. Bila rakan sepejabatnya memberitahu suami saya yang ketika itu berada di Teluk Intan...dia bergegas telefon anak buah kami yang banyak berjasa...kebetulan jururawat IJN...tapi ketika itu berkursus di GH. Perkara pertama wati cari di wad kecemasan GH...jumpa dalam keadaan yang mencemaskan...darah bergelimpangan dilantai dan katil....wati telefon suaminya suruh pergi ke tempat kemalangan ( yang diketahui melalu pemandu ambulans) Kata amir...lihat darah yang mengalir di tempat kejadian...dia menjangkakan DD tak sempat jumpa mama...( Makngah di lubuk kawah mengumpulkan saudara mara membacakan Yaasin...hari Jumaat ) Alhamdulillah selepas empat hari tak sedar, sabtu petang dia bertanyakankan ``...mama tahu tak dd kemalangan...” aida & alia menangis terisak2. Sekeluarga berpakat jangan beritahu dulu maklang di nz...

Hari ahad suami saya menelefon saya dan saya dapat bercakap sendiri dengan dd...walaupun dia sendiri tak ingat bagaimana keadaan itu berlaku... Kami balik malaysia selasa...hingga kini DD tak pernah naik motor lagi...( dalam hidup kita kena selalu tolong orang...kerana balasannya...begitulah...)

Hari ini kami berkumpul...empat sahabat. Idea kak ja ( cikgu - datang jauh dari Jitra ) ajak berkelah, mad lazim ( usahawan ) sambut dengan mengaturkan penginapan. Semasa saya sampai kak ja & mad lazim dah bersedia dengan pulut cempedak. Che Azmi ( DSP polis ) sampai dah gelap. Malamnya kami BBQ. Meriah. Paginya sesi bercanda ditepian pantai...

Wednesday, December 16, 2009

SAHABAT





Kami mula kenal 16 feb 1974 di jenan. kemudian sama2 mengharungi hidup di lembah kelang. Anak2 mengenalinya sebagai maklong jah...tinggal di kondo. masa ami n arif kecik2 mereka selalu ajak ke rumah maklong jah..kata mereka mama dan maklong sembang puas-puas, kami nak mandi kolam lama2. Sekarang mereka dah besar... tak berapa nak mandi kolam...jadi kami jarang bertemu, tapi sering bertanya khabar. Dari segi kerjaya sahabatku ini lebih berjaya...tapi aku sangat mengerti...hatinya sepi. Semasa mengawinkan anak tunggalnya...dia urus segalanya sendirian...Dia sangat tabah.