Wednesday, October 7, 2009

PELAWAT

Pelawat yang akan melawat ke SK Setiawangsa dalam waktu terdekat..

1. Oman - 8 Oktober
2. Bangkok - 12 Oktober
3. UPSI - 15 Oktober

Dalam waktu terdekat...esok 8 oktober sekolah saya akan menerima pelawat dari Negara Oman. Mereka berkursus di IAB dan akan mendalami ilmu mereka di sekolah kami.

Isnin ini.. 60 orang pelajar dari Uni of Bangkok...dalam rangka lawatan ke Malaysia akan melihat sekolah rendah di Malaysia.

Khamisnya pula dari Tanjung Malim... bakal guru dari UPSI ingin melihat realiti sekolah...

Itu baru awal oktober... demikianlah kami di sks...sentiasa dilawati. Biasanya kami bawa mereka melihat-lihat ke seluruh sekolah...ke bilik-bilik khas... bilik darjah (sesi P&P). Kemudian kami hidangkan dengan persembahan murid..apa saja yang kami menangi..boria, choral speaking,............. Kadang-kadang kami sambut dengan tarian selamat datang. Terkini sejak kluster kami hidangkan dengan niche area iaitu orkestra dan teater. Setelah itu barulah tetamu akan ditaklimatkan di Bilik Gerakan.

Pendek kata kami sering di lawati...sama ada dari dalam negeri mahupun luar negara. Dengan beberapa kemenangan yang kami julang ( antaranya Johan 3K kebangsaan, Johan Pusat Sumber, Johan BOSS, Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran, Sekolah Cemerlang dan terkini Sekolah Kluster...dan terakhir kami dicalonkan pula sebagai SBT-Sekolah Berprestasi Tinggi ) Biasanya motif lawatan kalau dari sekolah ialah untuk berkongsi kejayaan. Kami tidak lokek, sedia menceritakan rahsia kejayaan kepada pelawat. IAB pula menjadikan kami benchmarking...untuk peserta kursus luar negara.

Demikianlah episod kesibukan di SKS....

No comments:

Post a Comment