Wednesday, September 30, 2009

PELANGI

Kadang-kadang Allah menghilangkan sinar mentari. Dia datangkan hujan, guruh dan petir. Kita menangis dan tertanya-tanya... mengapa? Rupa-rupanya Dia hendak memberikan kita pelangi...bersabarlah atas setiap dugaanNya..kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Monday, September 14, 2009

RAYA

Tahun ini kali ke dua raya tanpa nina...
Mama ok ja.. nina pun ok di sana kan?
Kita rayakan seadanya mengikut keadaan
Kerana raya akan datang dan pergi
Raya dan raya lagi
Tahun demi tahun
Kalau ada umur

Sunday, September 13, 2009

tsunami jiwa

Ada kala Tuhan berikan
sedikit kesusahankepada kita
sebab Dia nak kita belajar
untuk menghargai dan bersyukur..

Ada kalanya dugaan itu
terlalu berat untuk dipikul…
rebah rimpah… bangun semula.

Lihat ke belakang
ramai yang lebih berat dugaanNya...
Bila ianya berlalu
dan berjaya di atasi
ia akan menjadi
pengalaman yang amat berharga

Ada kalanya kita malu dan bimbang
untuk berkongsi masalah...
kerana pengalaman mengajar kita...
sejauh mana
kejujuran orang yang kita percaya itu...
Yang terbaik setakat ini
hanya mohon pertolongan dari Allah...


Dalam meladani masalah itu ku lihat dan ku rasai ada masanya kita begitu tabah. Sehingga orang di sekeliling kita tidak sedar yang kita dilanda tsunami jiwa. Begitulah masalah datang dan pergi. Bagaimana kita menerima, menghadapi dan mengatasinya adalah dengan kebijaksanaan kita sendiri. Kita amat memerlukan kekuatan yang kadang-kadang kita sendiri tidak tahu dari mana datangnya kekuatan itu...

Wednesday, September 9, 2009

UNTUK ANAK-ANAKKU

Mama sayang kamu semua. Sayang sangat-sangat. Rindu masa kamu semua kecil. Rasa macam nak kamu semua kecil balik seperti dulu. Didukung, didodoi, dimandikan, digomoi, disuapkan, disusui...Menyusukan kamu sendiri adalah sesuatu kepuasan yang tak tergambarkan. Itulah kekakayaan ciptaan Allah. (...bila mama nampak bayi yang disusubotolkan oleh ibu mereka, mama rasa amat kecewa..tidak tahukah mereka itu khasiat susu ibu...)

Kini kamu semua sudah besar...dan semakin jauh dari mama. Kadang2 kita seperti saling tidak memahami. Ada perselisehan pendapat, pendirian dan pegangan. Kadang2 kita sama2 berkecil hati.. hingga menitis air jernih. Mama sentiasa mengingati pesan seorang kawan
...jangan menangis kerana anak-anak..kerana ini akan menyebabkan anak-anak kita tidak berkat sepanjang hidupnya..
Terima kasih teman kerana mengingatkan.

Seorang demi seorang anak meninggalkan mama. Bermula didi ke SMSSMJ di Sungai Petani tahun 1996, nina ke MRSM Dungun/Taiping tahun 2000, ami ke MRSM KKB/Jasin tahun2004 dan arif ke IQKL 2005. Mama masih ingat didi kata
... mama, relakanlah kami pergi, suatu hari kami akan meninggalkan mama juga bila kami sudah berumahtangga, jadi apa bezanya kami pergi sekarang dengan kami pergi suatu masa kami nanti...

Ke empat-empat anak bersekolah di asrama penuh. Agaknya menjadi warisan keluarga, kerana mama dan abah pun bersekolah di asrama penuh.
(di situlah kami bertemu...)

Saat yang paling mencabar masa nina nak ke Dungun tahun 2000. Belum pun nina pergi mama dah meleleh... mama cuba juga memujuknya supaya jangan pergi, tapi dia kata
… kenapa abang boleh dan kenapa nina tak boleh...mama berilah nina peluang... kalau nina tak tahan nina akan balik bersekolah kat kl...
Dan dia pun pergi pada saat-saat saya membuat persiapan untuk ke Tanah Suci.

Masa nina ke Dungun, ami darjah tiga dan arif darjah dua. Sejak itu mama telah cuba setkan pemikiran ami dan arif supaya mereka tidak ke asrama.

Tetapi november 2003, keluar saja result UPSR masih terngiang-ngiang di telinga mama ami bersorak
yey.. yey.. ami boleh masuk asrama penuh macam kakak dengan abang...
Sebulan kemudian bila ami balik bercuti mama ingat lagi masa ami sedang serika baju untuk ke klcc (masa tu orang gaji cuti) dia kata
...tengok mama kalau ami tak masuk asram, ami tak kan pandai gosok baju sendiri, sebab tu ami nak masuk asrama supaya ami boleh belajar berdikari...
Dan ami meneruskan pengajiannya di KMB dalam mengejar cita-citanya untuk jadi macam DR HOUSE

2005 arif pula masuk ke IQKL. Mulanya suami saya nak mohon ke MRSM juga macam nina dan ami, tapi saya beri cadangan.. apa kata anak lelaki kita yang bongsu ni kita hantar ke sekolah agama. Jadi arif ke IQKL dan sambung pula ke SMAKL masa di tingkatan 4. Kini arif sedang bergelut dengan Percubaan SPM nya.

Bila kamu semua tiada, mama rasa mama adalah ibu yang paling sunyi di dunia ini. Kerana bila kamu ada, kamu semua adalah anak, kawan dan teman mama. Boleh berbincang, beri pendapat, and we can learn from each other.. Dan mama rasa sangat kaya bila di kelilingi oleh anak-anak.

Kini hanya didi yang telah kembali ke rumah setelah berada 12 tahun di luar. (5 thn hingga SPM, Matrik dan 6 thn di UUM...pulang dengan master) Tapi dengan kesibukan kerja didi juga ada sedikit saja masa dengan mama.
(I can see you love your job very much) Kini mama looking forward … what kind of menantu that you want to produce to me. Hope for the best…

Yang terdekat I`m looking forward for nina to come back from Auckland early dicember…

Special thanks to my dear husband… dengan 4 anak; kesenangan, kesetiaan, kepercayaan dan sokongan yang tak berbelah bahagi.

To be continued…

Tuesday, September 8, 2009

UPSR BERMULA HARI INI

Seluruh negara tahu anak-anak kita di tahun enam hari ini sedang berjuang di arena UPSR. Bagi saya semua anak telah melepasi UPSR... Alhamdulillah ke empat-empatnya lepas dengan straight A. Masa zaman saya dulu Penilaian Darjah 5 namanya. Masa tu tak berapa sedar pun ada `periksa besar’. Tahu-tahu ada periksa.. study, tusyen jauh sekali. Tapi saya ingat masa tu saya dapat 1 A sahaja. Tahun 69..oops tahun tu berlaku 13 Mei... pun masa tu tak tahu sangat apa yang sebenarnya berlaku.

Sekolah saya seramai 398 murid menduduki UPSR tahun ini. Sama jumlah dengan tahun sudah. Mudah-mudahan kejayaan tahun lepas (118 orang 5A) akan berulang lagi. Mencapai kejayaan satu hal... mengekalkan kejayaan satu hal lagi.. (yang lebih susah sebenarnya). Harap-harap impian menjadi kenyataan. Saya lihat guru-guru saya di tahun enam telah sehabis daya berusaha untuk menyediakan murid-murid ini. Murid-murid pun demikian juga. Berusaha sudah.. kini hanya tinggal doa sahaja lagi. Itulah kelebihan kita orang Islam kerana kita ada usaha dan doa. Dua perkara yang kita tak boleh pisahkan. Semoga UPSR yang berlangsung dalam bulan Ramadhan yang mulia ini akan bertambah-tambah keberkatannya untuk anak-anak murid kita.