Thursday, February 18, 2010

CIK DA @ ZURAIDA ZAINAL RASHID


























Semalam /kemarin kami ber reunion kecil-kecilan...saya , mad saman, kak ja dan cik da kat rumah saya. Seronok, rasa tak cukup masa kami sembang. Sedar-sedar dah maghrib... Saya dengan kak ja masak macam2. Saja masak masakan kampung... kot-kot cik da dah lama tak makan...antaranya kerabu belimbing, kerabu pucuk mengkudu, laksa (wajib) dan bubog sora...


Cik da tak berubah langsung...macam tak percaya dia menetap di London. Dialeg kedahnya masih pekat...Nanti beramai-ramailah kita balik ke jitra makan kenuri cik da di kelab darul aman pada hari sabtu 31 julai 2010. Bersedialah mengatur cuti...

4 comments:

  1. sedapnya menu akak jamu org London. Saya kenal nama dia dlm majallah sekolah saja.. runner kan Cik Da ni..

    ReplyDelete
  2. Salam semua... mungkin terlambat sikit saya menulis disini... tahniah dan terima kasih pada maklang dan kakja kerana dapat meraikan teman yang pulang bercuti, Che Da.. dari London...
    Dulu Che da ada juga call, agak2 dalam 40 minit juga berbual dan dia berjanji untuk memaklumkan tarikh baliknya bercuti pada Cuti Raya Cina nanti dan berharap agar kawan2 dapat bersama-sama untuk merancang kenduri perkahwinan anaknya nanti.. pada saya itu amat baik sekali dapat juga kita berkumpul sebagai sebagai satu reunion kecil...
    Saya pun berhubung dengan kawan2,dan masing-masing berjanji akan cuba untuk bersama meraikan kepulangan beliau...
    Tiba hari raya cina, saya menunggu satu panggilan untuk tetapkan tarikh pertemuan tapi hinggalah raya cina habis panggilan tak juga sampai, saya beranggapan puan che da tak jadi balik...so, tak apalah mungkin tiada rezeki untuk bertemu kawan lama atau dia mungkin terlalu sibuk, tapi beberapa hari kemudian saya dapat tahu dia balik cuma sempat kerumah kakja sahaja, itupun sekejap...terfikir pulak saya, mungkin saya ni yang lebih2 kot macam lebih kuah dari nasi, jadi saya buang tanggapan tu dan menganggap ianya sebagai satu perjalanan masa saja, bagaikan sang bayu bertiup lembut dan berlalu setelah daun daun nyior terlentuk-lentuk dibuainya...
    Pada yang meraikan kan puan che da saya ucapkan terima kasih kerana tidak menghampakan harapan teman yang jauh pulang untuk bertemu teman dan sanak saudara disini..

    ReplyDelete