Hari ini bangun seawal jam lima. suami akan ke kelantan untuk mesyuarat penting. Fire fly jam tujuh. Kita masih bercuti. Kelantan dah kerja hari ni. Saya merungut juga kerana anak2 masih di rumah, abah dah nak keluar jauh. Tapi dia tidak pernah merungut kalau cutinya terkorban, atau week endnya terhapus begitu sahaja dengan agenda pekerjaannya. Begitulah dia dari dulu hingga kini tak pernah berkira masa demi kerja. Seingat saya dia tak pernah ambil cuti ganti. Cuti tahun berkoyan2 tak pernah dihabiskan. Dalam setahun Cuma cuti raya dan cuti yang berurusan dengan pengajian anak2...
Jadi saya akan memulakan urusan hari ini dengan menyediakan juadah untuk anak2. Selesai makan tengah hari ( kena makan cepat hari ini ) seperti dirancang saya, nina, ami n arif kena mula bergerak. Menuju terus ke kem putra puteri, air keruh melaka; ( arif di plkn ) balik singgah drop ami kat banting. Menuju ke melaka ami drive, balik dari banting nina drive...mama boleh rehat je...
Jam lima mesti sampai Hentian Duta untuk jemput sahabat baik yang datang dari Kedah...malam ni maklang n kak ja sembang sakan la...silap2 tak berapa nak tidur kerana terlebih sembang. Kami akan reunion kecil-kecilan besok dengan mad saman, kak ja dan cik da @ zuraida zainal rashid yang kini menetap di london...dah 36 tahun tak jumpa cik da...bagaimana dia sekarang...hari tu masa saya berkursus di ilham resort pd, cik da cal dari london...mula2 kekok juga bersembang kerana dah 36 tahun tak jumpa...lepas tu rancaknya kami sembang sampai saya miss minum petang.
Kata anak2 kenapa lately mama banyak sangat bertemu rakan lama...dulu2 tak macam ni...agaknya inilah kecanggihan teknologi menyebabkan yang jauh di dekatkan yang hilang diketemukan semula...
Hari ini jugalah 36 tahun yang lalu saya mendaftar sebagai warga jenan...smsah dan saya mula bersahabat dengan jah n arishah dan yang penting sekali itulah juga harinya di mana suami tercinta mula memperkenalkan dirinya saya...mohd dashilah dari 5 sains 4....fisco
....tulah juga harinya di mana suami tercinta mula memperkenalkan dirinya saya...mohd dashilah dari 5 sains 4....fisco
ReplyDelete~ ah romantissssss