Thursday, February 18, 2010

CIK DA @ ZURAIDA ZAINAL RASHID


























Semalam /kemarin kami ber reunion kecil-kecilan...saya , mad saman, kak ja dan cik da kat rumah saya. Seronok, rasa tak cukup masa kami sembang. Sedar-sedar dah maghrib... Saya dengan kak ja masak macam2. Saja masak masakan kampung... kot-kot cik da dah lama tak makan...antaranya kerabu belimbing, kerabu pucuk mengkudu, laksa (wajib) dan bubog sora...


Cik da tak berubah langsung...macam tak percaya dia menetap di London. Dialeg kedahnya masih pekat...Nanti beramai-ramailah kita balik ke jitra makan kenuri cik da di kelab darul aman pada hari sabtu 31 julai 2010. Bersedialah mengatur cuti...

Tuesday, February 16, 2010

untuk cik kiah...


hari ini dan semalam

Hari ini bangun seawal jam lima. suami akan ke kelantan untuk mesyuarat penting. Fire fly jam tujuh. Kita masih bercuti. Kelantan dah kerja hari ni. Saya merungut juga kerana anak2 masih di rumah, abah dah nak keluar jauh. Tapi dia tidak pernah merungut kalau cutinya terkorban, atau week endnya terhapus begitu sahaja dengan agenda pekerjaannya. Begitulah dia dari dulu hingga kini tak pernah berkira masa demi kerja. Seingat saya dia tak pernah ambil cuti ganti. Cuti tahun berkoyan2 tak pernah dihabiskan. Dalam setahun Cuma cuti raya dan cuti yang berurusan dengan pengajian anak2...

Jadi saya akan memulakan urusan hari ini dengan menyediakan juadah untuk anak2. Selesai makan tengah hari ( kena makan cepat hari ini ) seperti dirancang saya, nina, ami n arif kena mula bergerak. Menuju terus ke kem putra puteri, air keruh melaka; ( arif di plkn ) balik singgah drop ami kat banting. Menuju ke melaka ami drive, balik dari banting nina drive...mama boleh rehat je...

Jam lima mesti sampai Hentian Duta untuk jemput sahabat baik yang datang dari Kedah...malam ni maklang n kak ja sembang sakan la...silap2 tak berapa nak tidur kerana terlebih sembang. Kami akan reunion kecil-kecilan besok dengan mad saman, kak ja dan cik da @ zuraida zainal rashid yang kini menetap di london...dah 36 tahun tak jumpa cik da...bagaimana dia sekarang...hari tu masa saya berkursus di ilham resort pd, cik da cal dari london...mula2 kekok juga bersembang kerana dah 36 tahun tak jumpa...lepas tu rancaknya kami sembang sampai saya miss minum petang.

Kata anak2 kenapa lately mama banyak sangat bertemu rakan lama...dulu2 tak macam ni...agaknya inilah kecanggihan teknologi menyebabkan yang jauh di dekatkan yang hilang diketemukan semula...


Hari ini jugalah 36 tahun yang lalu saya mendaftar sebagai warga jenan...smsah dan saya mula bersahabat dengan jah n arishah dan yang penting sekali itulah juga harinya di mana suami tercinta mula memperkenalkan dirinya saya...mohd dashilah dari 5 sains 4....fisco

Wednesday, February 3, 2010

CATATAN KECIL DARI KIRIMAN SEORANG TEMAN

Assalamualaikum.........
Sekadar Renungan.....Semoga dijadikan IKHTIBAR untuk kita semua.......
INSYAALLAH......Amin.......


Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu dia ternampak seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangannya dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi : " Apa ni ? Siapa awak ? Kenapa awak berada dis ini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?" Jerit Executive tersebut. Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil". Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat. Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakan akan kesejahteraan hidupnya. Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian... Pengajaran Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.