Berbaloikah… selesai nazir baiah, KPM pula call suruh
siapkan presentation untuk SBT. Bila aku kata kami belum layak.. mereka macam
nak marah, kononnya aku negative. Tapi aku lebih tahu apa yang kami ada dan apa
yang kami termampu. Kononnya aku diletakkan
di kerusi ini, di sekolah ini dengan wawasan tertentu. Dulu masa di sks aku dah rasa semua jerih
payahnya… memanglah berbangga berada di sks yang kluster/sbt … tapi kerjanya…
berganda-ganda dari kawan-kawan di sekolah lain. Adakah sejarah di sks akan
berulang… mahu tak mahu kena hadapi. Kata KPM akan dicalonkan hingga dapat
kerana haulnya 2015… tudia… jenuh! Tapi nazir kluster julai lalu pulang tanpa
berita hingga kini…
Selasa 29 januari
Alhamdulillah dpt sms dari sifu.. ‘kita terpilih baiah… cbn2
n sks ‘ .. berita baik yang 2 bulan
ditunggu-tunggu. Terima kasih Ya Allah…
inilah kurniaanMu yg sangat bernilai buat kami. Segala jerih payah n
keluhanku menguruskannya terbalas. Bukan bekerja hanya untuk anugerah… namun
jika diberi, itu satu pembakar semangat, penghargaan atau …..
tahun lepas aku hanya ambil satu pertiga dari anugerah itu…selebihnya
kupulangkan pada sekolah… kerana aku tahu kejayaan itu bukan hasil usaha aku
seorang… malahan cikgu-cikgu dan kerani ( terutama kewangan) turut sama
berhempas pulas. Tahun ini pun aku nak berikan juga pada mereka cuma jumlah dan
caranya mungkin berbeza. Dikatakan bahawa
sekolah yg mendapt baiah tiga
tahun berturut-turut akan dapat lagi satu anugerah khas/special… tapi aku tak
tahu aku boleh mendapatkannya atau tidak kerana tahun pertama dulu dimiliki
oleh gb lama yg dah bersara. Aku Cuma dapat dua tahun terkemudian. Terpulanglah
bagaimana.. itu semua rezeki Allah… kalau ada Alhamdulillah… kalau tak ada pun
aku redha…
Isnin 11 mac
Minggu ini cuti /mc lagi 2 hari… minggu lepas pun dua hari.
Bulan mac ini sudah empat hari mc. Rekod yg belum pernah ku buat. Tapi
demikianlah sakitnya yg tak tertanggung.
Slip disk. Atau lebih tepat kecederaan pada spine yg membawa ke kaki
kiri. Ke klinik sudah, gh sudah… akhirnya ke ampang puteri. Tapi bila sakit tak
sayang duit lagi dah. Gh terbaik.. tapi dia bagi appointment lagi 10 hari.. itu
pun paling cepat katanya. Maka ke AP lah. Untuk seketika sahaja, ubat untuk
menahan sakit di seluruh kaki kiri shj. Doctor itu mengaku dia tak cukup
kepakaran untuk spine / ruas tulang belakang.. dicadangkannya dok lain yang
hanya ada sekali seminggu. Hari ini dlm
sakit aku gagahi juga menjengah murid cbn2 di sks untuk memulakan pasukan
sofbol.. dekat je tak pa kot. Jadi sedang berfikir nak teruskan ke gh 21 mac
atau ke AP saja untuk seterusnya. My hubby kata elok ke gh saja. Gimana ya…
Rabu 13 mac.
Rasanya macam sudah hampir give up… mcam-macam penyakit
sudah dilalui… ingatkan setelah terselamat dengan jantung yang tiba-tiba perlu
dibedah, boleh hidup aman… rupanya ada
lagi penyakit yang perlu dihadapi.. slip disk .. bukan tergelincir
cakera…tapi spine yang sudah menipis ..
amat sakit dan tidak selesa… Allah
sayangkan aku.. kerana itu Dia mahu aku rasa pelbagai jenis sakit dan terus
berusaha berubat… wahai siti rokiah jangan berputus asa… setiap penyakit ada
ubatnya… dulu mula-mula rasa darah tinggi.. selalunya bacaan bawah yang tinggi…
kononnya lebih bahaya… dikatakan berpunca dari stress.. 2002 mula sakit pinggang yang teruk sehingga
tak boleh bangun.. rupanya bukan pinggang tapi muscle yang dikatakan pecah..
rupanya ia membawa kepada spine yg kini kuderitai… apa lagi.. oh gastric,
pernah mengalami sakit di dalam dada yang amat sangat… rupanya luka-luka
ditenggorak .. fibroid, sis, tegang tapak tangan, pergelangan tangan ( sudah
dua-dua belah di suntik steroid) kencing manis
pula ditemui semasa hendak buat bypass( tiga serangkai) Tapi bila
melihat orang lain di hospital, kita akan lebih insaf kerana ramai yang lebih
teruk penyakitnya…
Khamis 14 mac
No comments:
Post a Comment