Monday, December 21, 2009

KAK JA, MAKLANG, MAD & AZMI






























17 disember 2009 saya sekeluarga dengan 14 anggota ( kakak saya datang dari lubuk kawah dengan anak cucunya) berkonvoi ke bagan lalang. Awal-awal lagi mad lazim telah tempah chalet untuk kami.

Tarikh 17 disember agak menakutkan untuk saya sekeluarga sebenarnya...imbas kembali setahun lalu pada hari yang sama ...saya, nina, ami & arif melawat gua waitomo di nz. Dalam ketakjuban melihat keunikan gua waitomo hati macam kurang sedap. Tapi perjalanan diteruskan. Macam2 yang kami empat beranak lawati sekitar waitomo dan hamilton...di kl rupanya anak sulung saya telah ditimpa kemalangan yang dahsyat. Bermotosikal ke tempat kerja...hit & run...atas fly over berdekatan istana budaya. Entah siapa yg panggil ambulan dan membantunya hanya Allah yang tahu...terima kasih pada mereka itu yang telah menyelamatkan nyawa anakku...kehilangan adalah perkara biasa dlm kemalangan di malaysia. Tapi pencuri itu berhati perut juga...bila staff DD call hpnya...sipencuri jawab... dia kemalangan...dan hp terus ditutup. Bila rakan sepejabatnya memberitahu suami saya yang ketika itu berada di Teluk Intan...dia bergegas telefon anak buah kami yang banyak berjasa...kebetulan jururawat IJN...tapi ketika itu berkursus di GH. Perkara pertama wati cari di wad kecemasan GH...jumpa dalam keadaan yang mencemaskan...darah bergelimpangan dilantai dan katil....wati telefon suaminya suruh pergi ke tempat kemalangan ( yang diketahui melalu pemandu ambulans) Kata amir...lihat darah yang mengalir di tempat kejadian...dia menjangkakan DD tak sempat jumpa mama...( Makngah di lubuk kawah mengumpulkan saudara mara membacakan Yaasin...hari Jumaat ) Alhamdulillah selepas empat hari tak sedar, sabtu petang dia bertanyakankan ``...mama tahu tak dd kemalangan...” aida & alia menangis terisak2. Sekeluarga berpakat jangan beritahu dulu maklang di nz...

Hari ahad suami saya menelefon saya dan saya dapat bercakap sendiri dengan dd...walaupun dia sendiri tak ingat bagaimana keadaan itu berlaku... Kami balik malaysia selasa...hingga kini DD tak pernah naik motor lagi...( dalam hidup kita kena selalu tolong orang...kerana balasannya...begitulah...)

Hari ini kami berkumpul...empat sahabat. Idea kak ja ( cikgu - datang jauh dari Jitra ) ajak berkelah, mad lazim ( usahawan ) sambut dengan mengaturkan penginapan. Semasa saya sampai kak ja & mad lazim dah bersedia dengan pulut cempedak. Che Azmi ( DSP polis ) sampai dah gelap. Malamnya kami BBQ. Meriah. Paginya sesi bercanda ditepian pantai...

2 comments:

  1. Salam Mak Lang,

    Pertamanya nak ucap terima kasih kerana makanan yang enak masa BBQ tu.
    Keduanya nak buat pembetulan, saya ni hanya ASP ja.

    Tq

    ReplyDelete
  2. KENANGAN MENGUSIK JIWA

    http://jenan72-73.blogspot.com/2009/03/ex-jenan-7273-reunion-march-0809.html

    http://rfeeq92.blogspot.com/2009/07/rakan.html

    http://jenan72-73.blogspot.com/2009/03/ex-jenan-7273-reunion-march-0809.html

    ReplyDelete