Kini kamu semua sudah besar...dan semakin jauh dari mama. Kadang2 kita seperti saling tidak memahami. Ada perselisehan pendapat, pendirian dan pegangan. Kadang2 kita sama2 berkecil hati.. hingga menitis air jernih. Mama sentiasa mengingati pesan seorang kawan
...jangan menangis kerana anak-anak..kerana ini akan menyebabkan anak-anak kita tidak berkat sepanjang hidupnya..Terima kasih teman kerana mengingatkan.
Seorang demi seorang anak meninggalkan mama. Bermula didi ke SMSSMJ di Sungai Petani tahun 1996, nina ke MRSM Dungun/Taiping tahun 2000, ami ke MRSM KKB/Jasin tahun2004 dan arif ke IQKL 2005. Mama masih ingat didi kata
... mama, relakanlah kami pergi, suatu hari kami akan meninggalkan mama juga bila kami sudah berumahtangga, jadi apa bezanya kami pergi sekarang dengan kami pergi suatu masa kami nanti...
Ke empat-empat anak bersekolah di asrama penuh. Agaknya menjadi warisan keluarga, kerana mama dan abah pun bersekolah di asrama penuh.
(di situlah kami bertemu...)
Saat yang paling mencabar masa nina nak ke Dungun tahun 2000. Belum pun nina pergi mama dah meleleh... mama cuba juga memujuknya supaya jangan pergi, tapi dia kata
… kenapa abang boleh dan kenapa nina tak boleh...mama berilah nina peluang... kalau nina tak tahan nina akan balik bersekolah kat kl...Dan dia pun pergi pada saat-saat saya membuat persiapan untuk ke Tanah Suci.
Masa nina ke Dungun, ami darjah tiga dan arif darjah dua. Sejak itu mama telah cuba setkan pemikiran ami dan arif supaya mereka tidak ke asrama.
Tetapi november 2003, keluar saja result UPSR masih terngiang-ngiang di telinga mama ami bersorak
yey.. yey.. ami boleh masuk asrama penuh macam kakak dengan abang...Sebulan kemudian bila ami balik bercuti mama ingat lagi masa ami sedang serika baju untuk ke klcc (masa tu orang gaji cuti) dia kata
...tengok mama kalau ami tak masuk asram, ami tak kan pandai gosok baju sendiri, sebab tu ami nak masuk asrama supaya ami boleh belajar berdikari...Dan ami meneruskan pengajiannya di KMB dalam mengejar cita-citanya untuk jadi macam DR HOUSE
2005 arif pula masuk ke IQKL. Mulanya suami saya nak mohon ke MRSM juga macam nina dan ami, tapi saya beri cadangan.. apa kata anak lelaki kita yang bongsu ni kita hantar ke sekolah agama. Jadi arif ke IQKL dan sambung pula ke SMAKL masa di tingkatan 4. Kini arif sedang bergelut dengan Percubaan SPM nya.
Bila kamu semua tiada, mama rasa mama adalah ibu yang paling sunyi di dunia ini. Kerana bila kamu ada, kamu semua adalah anak, kawan dan teman mama. Boleh berbincang, beri pendapat, and we can learn from each other.. Dan mama rasa sangat kaya bila di kelilingi oleh anak-anak.
Kini hanya didi yang telah kembali ke rumah setelah berada 12 tahun di luar. (5 thn hingga SPM, Matrik dan 6 thn di UUM...pulang dengan master) Tapi dengan kesibukan kerja didi juga ada sedikit saja masa dengan mama.
(I can see you love your job very much) Kini mama looking forward … what kind of menantu that you want to produce to me. Hope for the best…
Yang terdekat I`m looking forward for nina to come back from Auckland early dicember…
Special thanks to my dear husband… dengan 4 anak; kesenangan, kesetiaan, kepercayaan dan sokongan yang tak berbelah bahagi.
To be continued…
dok reyau sorang2 bulan posa baca blog mama.
ReplyDeletenina pun nak sentiasa jdi baby. supaya boleh berhenti pikir masalah donia yg tak putus2
saya yang bekas nak murid cikgu, terharu sgt2 dgn apa yang cikgu luahkan...walaupun mak saya tak tau teknologi canggih nie tapi saya mengerti yang pemikiran setiap ibu mmg sama..saya tau yang mak saya pun mcm cikgu juga cuma cara meluahkan hanya dari air mukanya kita dpt tau...apa2 tq cikgu, sedikit sebanyak buatkan saya sebak n akan terus igtkan mak saya walaupn saya dah berumahtangga....dalam bulan yang mulia ini mari la kita pakat2 doa utk keluarga kita n keluarga org lain sentiasa bahagia hingga ke anak cucu n akhir hayat dan jgn lupa doakan yang telah tiada...Al-fatihah...amin...tqtqtqtqtqtqt cikgu kesayangan apitrahim...rindu cikgu n anak2 cikgu yang nakal2 dulu..skang dah besaq mesti berdikari...tata..
ReplyDeletep/s: bila nak dpt menantu nie...