Sunday, March 28, 2010

MERENTAS DESA - TASIK TITIWANGSA


piala pusingan dan hamper juara kategori banyak drpd
rumah biru tapi tempat kedua saja untuk keseluruhan



senam seni - warm up... sebelum acara bermula



ceriakan..merah, hijau, kuning, biru



murid mendengar taklimat sebelum acara bermula



ucapan perasmian - Dato' Elli - YDP PIBG





kumpulan guru muda mengetuai senam seni






pk koku keletihan dan berpuas hati dengan acara hari ini...pk1 enterframe...saya


Hari Sabtu 27 mac 2010 acara merentas desa SK Setiawangsa diadakan di Taman Tasik Titiwangsa...meriah. Murid tahap dua sahaja...600 orang drp 1200 terpilih...kelas 1,2 dan 3 lelaki dan perempuan. Hadiah 1 -30 setiap kategori. Sebanyak 180 medal disediakan. Sambutan sangat meriah. Ibu bapa ramai yg hadir...PPD pun terkejut dengan kehadiran ramai ibu bapa. Klimaks nya rumah merah menang ( lebihan mata ), walaupun rumah biru bangga dengan kelebihan juara dan piala pusingan...



Akhir acara gb berbisik pada saya..."ada juga cikgu yang tak berpeluh langsung... duduk tempat teduh ja...sedangkan yang lain bermati-matian..." memang begitulah sikap manusia, ada saja yang hanya jadi pemerhati...takut kerja lebih.




Sunday, March 21, 2010

SEMINGGU...

Cuti seminggu sudah pun berlalu...besok mula bertugas semula...lebih banyak kerja dan cabaran menanti...terdaya lagi kah aku...kadang-kadang rasa nak berundur...penatnya menghadapi cabaran tugas...cemburu melihat teman-teman yang berada di tempat yang lebih mudah tugasnya...tidak menuntut banyak pengorbanan...berbaloikah......?

Mengisi masa seminggu itu penuh dengan pelbagai akitviti...sabtu malam berangkat ke kedah...tumpang suami yang bermesyuarat di sana...sampai lubuk kawahku 12.00 malam...main2 dengan iman cucu menakan yang mendera 'tok yang' melayannya sampai 2.30 pagi...Ahad melayan dua kenuri...kebetulan dah balik...rezeki lah...yang paling syahdu kenuri siti mariam di bukit kayu hitam...bersusah payah kak ja menjemputku...kebetulan satu kereta dengan noraan...sepanjang hampir sejam tumpuan sembang ku dengan noraan..berkisar kisah kami di jenan...beberapa episod suka duka kami berdua di jenan...sehingga membawa jodoh kami sama2 dengan abang senior kami...sampai di rumah siti mariam lagi seronok bertemu dengan kawan2 setingkatan tiga 1973...tiada kata2 yang sesuai untuk menggambarkan kegembiraan...ada yang tak pernah ku temui sejak 37 tahun lalu...tapi masih ingat nama...Ya Allah...besarnya kurniaanMu terhadap persahabatan ini...

Isnin malam balik kl...selasa, sambut cucu sulung kak ja...sempat juga kembali bertugas di sekolah...ada hal yang 'urgent'...malamnya demam sakan....

Rabu...masih demam... petangnya aku dukunjungi bekas murid yang pernah berada dalam kelas ku..1A3 dan 2A3 1995 dan 96... ain, rina dan amy dari johor, kl dan kedah... banyak yang disembangkan...tapi tak puas rasanya kami bercerita...terharu kerana mereka masih juga ingat untuk mencariku setelah 15 tahun...malamnya sempat jua 'shopping' dengan siapa lagi kalau bukan nina anak dan sahabat sejati...

Khamis...sehari suntuk buat 'gardening'...macam-macam nak di pangkas, diganti, diubah, ditukar pasu, tukar tempat, merumput dan macam-macam...

Jumaat... kembali bertugas ke sekolah....

Sabtu...rutin jogging, masak... Hari ini Ahad ami balik banting...nina beriya-iya nak hantar ami... sambil tu nak ke putra jaya untuk melihat belon udara panas...arif pun ikut sama...saya dan didi akan ke ara damansara untuk menziarah teman baik yang sakit...abah nak rehat saja...

Persediaan untuk sekolah besok....

Thursday, March 11, 2010

ARIF ZAKI

Kepada anakku Arif Zaki...tahniah atas pencapaianmu...walaupun tak capai target...mama, abah abangs n kakak bersyukur...lepas ni nak sambung belajar ke mana la pulak...harap2 dapat seperti yang Arif hajati...Syukur ke hadhrat Allah Suhanahuwataala atas kurniaanMu...

Walaupun hanya 8A...hajat Arif nak dapat 10 A...tak apalah kalau itu sudah rezeki Arif dan kita sekeluarga.

A+ ( Add Mat, Mod Mate, Sains )
A ( BM, BI, Akaun, PQS )
A- ( Sejarah )
B+ ( Ekon , PSI )
B ( B.Arab )

Arif berharap dapat menandingi ami, atau lebih baik daripada ami...tapi nampaknya kurang sikit dari ami...tercapaikah hajat abah untuk melihat arif jadi akaunten...

Sunday, March 7, 2010

KEM PLKN PUTERA PUTERI

Siang tadi kami tiga beranak ke Alor Gajah, Melaka...Kem PLKN Putera Puteri... makan tengah hari dengan Arif...tujuan utama ialah untuk mengambil sebahagian barangnye...kerana saya dan suami tak dapat menjemputnya hari Rabu ini..tentulah kerana tugas. Pihak PLKN akan hantar pelatihnya dengan bas ke Stadium Bukit Jalil...dari Bukit Jalil, Arif balik sendiri dengan LRT...kami tak manjakan sangat anak2...biar mereka tahu susah payah dan berdikari...lagipun kat KL ni segala jenis 'public transport' ada...pilih mana yang nak...paling jimat LRT...

Tahun lepas Ami balik dari PLKN Sabah pun sendiri juga dengan LRT...maaflah mama dengan abah payah nak keluar jemput, ada mesyuarat penting dan sebagainya...

Anak saya 4 orang, 3 orang dapat PLKN...yang sulung sahaja yang tak dapat... itu pun sebab masa tu belum ada...tapi bagus sangat program tu...Tak rugi kerajaan habiskan jutaan ringgit untuk melaksanakannya. Ramai juga kawan yang merungut kenapa anak mereka tak dapat, hingga ada yang pasang 'kabel' besar untuk minta anaknya dimasukkan ke PLKN, tapi tak juga diterima...

Nina dulu ke Sandakan Sabah...2005...itu program tahun pertama. Masa keluar nama dia melalui internet, dia bukan main suka lagi sambil berkata.." minta2 lah dapat Sabah atau Sarawak.." Terbeliak mata saya mendengarnya...masin sungguh mulut dia... lepas saja SPM dia dapat surat...ke Sandakan. Merasalah juga saya pergi melawat dia di Sandakan selepas sebulan dia di sana. Dan itulah kali pertama saya ke Sabah...Kalau nina tak ke sana mungkin hingga kini pun saya tak merasa memijak bumi di bawah bayu itu...Agaknya bukan nak melawat anak tu sangat...saja la nak merasa pergi ke Sabah...berjaya juga saya memujuk suami... kami pergi berdua saja ke sana...kebetulan masa tu raya haji...kami beraya di Sandakan. Anak2 lain raya dengan tok...ibu saya yang sangat berbudi itu...Di Sandakan kami dijemput oleh Hjh Kamsiah, rakan se BERNAS suami saya...dia bawa kami ke rumahnya...dia tak benarkan kami tidur di hotel...bersusah payah dia melayan kami...tak terbalas rasanya budi Hjh Kamsiah suami isteri...dan dia juga sering pergi melawat nina di kem...bawa macam2 makanan. Selepas balik dari Sabah saya tanya nina... "bagaimana...seronok tak joint PLKN" ...dia jawab..."eee seronok sangat...kenapa 3 bulan...kalau 6 bulan pun ok..."

Masa ami ke Kem di Bawah Bayu, Tuaran Sabah, saya tak pergi melawat pun, sebab masa tu kami baru balik dari new Zealand...Lepas 3 hari ami habis SPM kami ke NZ, 3 hari lepas balik NZ ami ke Sabah. Masa ami di sabah dia juga ada ibu angkat iaitu juga rakan se BERNAS suami saya, Hjh Faridah Titingan yang juga sempat membawa ami bercuti ke Kundasang...kaki Gunung Kinabalu yang sangat indah. Balik dari PLKN 11 Mac, 12 Mac terus keluar keputusan SPM. Ami terus daftar sekolah memandu...untung ami nasib menyebelahi dia, dapat lesen selepas sekali ujian sahaja... sekarang dia selalu jadi pemandu saya kalau ke mana-mana... ( masa dia balik cuti lah...)

Mungkin saya ni penyokong kerajaan...maka saya selalu positif dengan program kerajaan...jadi sesiapa yang dapat ke PLKN jangan lah menolak...banyak faedahnya...

Contoh yang terkini ialah program Permata Pintar Negara...ramai yang mengata2 macam2...sehingga ada juga rakan di sekolah lain yang tak respond dengan program itu...tapi saya pulun suruh anak murid saya ambil bahagian...Alhamdulillah tahun lepas seorang anak murid saya berjaya...terpilih ke program peringkat kebangsaan... Tahun ini baru saja sampai arahan ke sekolah...InsyaAllah hari Isnin ini saya akan terangkan pada murid-murid supaya mereka ambil bahagian...bukan susah sangat pun...cuma jawab soalan melalui internet...yang betul2 pintar akan berjaya dan terpilih...harap2 tahun ini lebih dari seorang murid saya yang akan terpilih hingga ke peringkat Kebangsaan...